Peknga / Lempeng Kelapa
Assalamualaikum wbt. Peknga / Lempeng Kelapa adalah kuih melayu traditional yang telah di komersialkan. Dulu-dulu kalau nak makan penknga, mesti minta mak buatkan. Kalau dapat kelapa tua yang belum masak lagi sedap, lagi lemak dan isi dia pun lembut.
Itu dulu la. Sekarang peknga dah banyak yang jual. Harga pun boleh tahan. Sekeping peknga dan kari kosong pun dah berharga RM 2. Paling murah tu... Kalau nak makan ramai-ramai macam tak berbaloi pula.
Selalunya kat rumah kalau ada lebihan kari, mommy akan buat peknga. Budak-budak ni pun suka. Macam makan roti canai kata depa.
Ini menu sarapan pagi kat rumah. Nasi goreng untuk yang taknak makan peknga. Yang makan peknga, nak makan nasi goreng pun boleh. Yang diet, sila pandang saja. hihi
Bagi yang suka makan peknga. ini resepinya. Simple tapi sedap.
Resepi Peknga / Lempeng Kelapa
Bahan
500g Tepung
RM 2 kelapa parut putih
Air
1/2 sedu kecil garam
Caranya:
Campurkan tepung, garam dan kelapa dalam satu bekas.
Masukkan air sikit demi sikit sehingga bancuhan menjadi pekat.
Panaskan kuali dengan api sederhana. Masukkan bancuhan dalam kuali dan canai bancuhan menjadi bentuk bulat. Kat sini skill di perlukan. Tak reti takpe.. Cuma hasilnya akan menjadi pelbagai bentuk saja.
Biarkan sehingga masak dan sedikit garing. Alihkan dan biarkan sehingga masak dan sedikit garing.
Angkat dan hidangkan ketika masih panas.
Selamat mencuba!
0 comments