Ayam Goreng Berempah
Resepi Ayam Goreng Berempah
Bahan
1 ekor ayam - potong 16
3 batang serai - kisar
2 cm lengkuas - kisar
2 cm halia- kisar
5 cm kunyit hidup- kisar
1 sudu besar jintan manis- kisar
1 sudu besar jintan putih- kisar
1 sudu besar biji ketumbar- kisar
5 ulas bawang putih- kisar
3 biji bawang besar- kisar
3 tangkai daun kari- kisar
2 sudu besar serbuk kari daging
1 sudu besar serbuk cili/cili kisar
2 biji telur - kisar
garam - secukupnya - kisar
gula - secukupnya - kisar
Minyak - untuk menggoreng
Caranya
Ayam di bersihkan dan di toskan. Ketepikan dahulu.
Kisar bahan yang di tanda kisar. Setelah siap kisar, curahkan ke atas ayam. Tambah serbuk kari dan serbuk cili.
Gaul rata. Biarkan semalaman. Kalau tak sabar, boleh goreng selepas 2 jam.
Untuk menggoreng, panaskan minyak. Masukkan ayam, goreng ayam sehingga masak dengan api yang sederhana.
Sedap di makan panas-panas.
Selamat mencuba!
0 comments