Kari Ikan Nyok-Nyok
Assalamualaikum wbt. Kari Ikan Nyok-Nyok
Hi korang! Dah breakfast? Mesti la sudah kan...
Hari ni mommy nak kongsikan resepi kari ikan nyok-nyok. Ikan ni sedap di buat kari sebab rasa isi dia yang lemak-lemak sangat sesuai dengan kari. Selain dari kari ikan nyok-nyok ni sedap juga di buat masak asam. masak cuka, masak kicap dan masak serai.
kari mabeles |
Masak kari sebenarnya senang saja. Kalau tak biasa buat memang rasa susah. Mommy pun macam tu jugak dulu. Tahu makan saja walaupun tak gemar. Bila dah kahwin baru terkial-kial nak buat. First time buat terlebih santan.. Terus jadi kari lemak. Kihkih. Learn from mistake. Sekarang dah pandai.. Pejam mata pun boleh buat. Kahkah.
Tips untuk korang jugak, kalau nak beli ikan besar jenis isi macam ikan nyok-nyok ni... sila beli seekor sebab harga pasaran sekilo bagi seekor adalah RM 26 -RM30. Ikut musim juga, kadang kadang murah dan kadang-kadang mahal. Kalau mahal, mommy tak beli. Bukan apa, belanja dapur kena pandai control kalau tak memang akan terlebih-lebih dan akan jadi membazir.
Oklah, tak nak bebel panjang-panjang. Nah resepi kari ikan paling mudah dan sedap.
Resepi Kari Ikan Nyok-Nyok
Bahan1 ekor ikan nyok-nyok ( 1 kg)
10 biji bendi
5 sudu besar rempah kari ikan - di bancuh dengan air
2 biji tomato - 1 biji di hiris halus, 1 biji di belah 4
1 biji bawang besar - di racik
3 ulas bawang putih - di racik
2 tangkai daun kari
1 sudu besar halba campur
RM 2 santan
3 sudu besar minyak
garam secukupnya
air asam jawa secukupnya
3 cawan air
Panaskan minyak. Tumis bawang besar, bawang putih, daun kari dan halba campur sehingga wangi.
Masukkan rempah kari yang telah di bancuh. Masak dengan api sederhana sehingga garing dan berminyak. Kerap kacau agar rempah tidak hangit.
Tambahkan tomato yang di hiris nipis. Masak sehingga tomato layu dan hancur.
Masukkan santan, garam, air asam jawa dan air. Biarkan sehingga mendidih.
Apabila mendidih, masukkan ikan, bendi dan tomato yang telah di belah 4.
Biarkan sehingga ikan dan bendi masak dengan api yang sederhana selama 15 minit.
Angkat dan hidangkan bersama nasi panas, ulam-ulaman dan sambal belacan.
Selamat mencuba!
Tips : Ikan nyok-nyok ni boleh di goreng terlebih dahulu sebelum di masukkan ke dalam kari. Ini akan memberi kelainan pada rasa ikan.
3 comments
ikan ni memang sedap masak kari. kari mommy pun menyelerakan ni :)
BalasPadamLama tak makan kari ikan ni..
BalasPadamHaha .. ari tu saya masak kari kepala ikan sampai rasa hangus .. ekekeke...
BalasPadam..
HasrulHassan.com