Cucur Ikan Bilis

by - 9:42 PG

Assalamualaikum wbt. Cucur Ikan Bilis

Hi korang! Lama tak update.. Lately ni mommy busy sikit. Semua jadual atau plan harian lari... Uhuks!. Kekadang tu rasa tak larat sangat.. Tapi kena kuat semangat untuk mencapai apa yang di idamkan. In sha Allah. 

Walaupun sibuk macam mana sekalipun, jika berkesempatan.. mommy akan masak juga untuk keluarga. Ini adalah cara mommy untuk bonding time dengan keluarga.

Ini adalah menu yang seringkali mommy sediakan untuk minum petang iaitu cucur ikan bilis yang ditambah dengan ubi kentang dan carrot. Bukan apa, ini adalah satu cara untuk memberi sayur kepada anak-anak. Kalau nampak seketul-seketul besar bukan nak makan.. Kalau sagat halus-halus dan dijadikan cucur, makan pula. Oh anak!

Cucur Ikan Bilis


Di sini mommy kongsikan resepi cucur ikan bilis yang rangup dan lembut walaupun ketika sejuk.

Resepi Cucur Ikan Bilis


Bahan:

500 gram tepung
2 biji kentang- sagat
1/2 -1 batang carrot ( bergantung kepada saiz) - sagat
bawang besar - potong separa bulat ( tak letak)
1 pokok daun bawang - potong halus (tak letak)
2 biji cili kering - potong halus (tak letak)
1 biji telur
1 genggam ikan bilis - di tumbuk
garam secukupnya
2-3 cawan air sejuk
minyak - untuk menggoreng


Caranya

Gaulkan semua bahan sehingga menjadi satu bancuhan yang pekat dan tidak melekat di tangan. Ketepikan.

Panaskan minyak. Masukkan bancuhan cucur ke dalam minyak sama ada menggunakan tangan atau sudu. Bentuk? sukahati koranglah...

Masak sehingga kedua-dua belah menjadi garing. 

Angkat. Hidangkan bersama sos pencicah dan air kopi panas. 


Cucur Ikan Bilis

Untuk sos tu, mommy campurkan sos pencicah yang di beli dari kelantan dengan sos cili Mudim. Rasanya lebih aummm. Bukan apa, sos pencicah dari kelantan tu manis sikit. So, memang tak lakulah kat rumah ni. Campur sebab nak habiskan.. hahaha.

Cucur Ikan Bilis


Selamat mencuba yer!

You May Also Like

0 comments