Masak Lemak Cili Padi Ikan Jenahak

by - 1:57 PTG

Assalamualaikum wbt. Masak Lemak Cili Padi Ikan Jenahak

Sesekali dapat masak menu atau lauk kampung memang sedap. Makan bertambah-tambah. Masa cuti Chinese New Year hari tu, ada seorang kakak ni bawakan belimbing buluh untuk di beri kepada kawan-kawan sepejabat. Ramai yang ambil dan mommy pun tak  ketinggalan sebab dalam kepala dah ada menu yang hendak di buat iaitu masak lemak cili padi ikan jenahak.

Masak Lemak Cili Padi Ikan Jenahak

Seperti yang di rancang, terjadilah menu tersebut. 

Masak lemak terlajak sedap jika di masukkan belimbing buluh ni. Tak perlu letak asam keping dah ... Rasa masam dia pun elok saja. Buah tu pun boleh makan sekali. 

Masak Lemak Cili Padi Ikan Jenahak

Resepi Masak Lemak Cili Padi Ikan Jenahak


Bahan

500g Ikan Jenahak - di bersihkan terlebih dahulu
RM3 santan
2 ulas bawang besar
3 ulas bawang putih
2cm kunyit
10 biji cili padi - boleh tambah jika mahu extra pedas
2 batang serai
2 cm halia
2 cm lengkuas
2 biji buah keras
2 helai daun kunyit - di hiris (saiz ikut suka)
1 mangkuk kecil belimbing buluh - di belah dua
Garam secukupnya


Caranya

Kisar bawang besar, bawang putih, serai, halia, lengkuas, buah keras dan cili padi. Jika rajin boleh tumbuk guna lesung, rasa dan aroma lebih asli.

Masak sebentar bahan yang dikisar sehingga mendidih. Masukkan ikan, garam, belimbing buluh  dan di biarkan sehingga mendidih. Selepas itu, masukkan santan.

Setelah ikan dan santan masak, masukkan daun kunyit yang telah di hiris.

Tutup api dan hidangkan.


Sedap di makan bersama ikan kering, pekasam ataupun telur masin. Mabeles.

Selamat mencuba!

You May Also Like

1 comments

  1. Masak lemak cili padiiiiiii...wah
    Memang best betul dulu makan di Negeri Sembilan..famous jenis masak lomak cili padi

    P/S
    Jana pendapatan LUMAYAN dengan Uber. Sistem Uber menjadikan anda sebagai boss.
    Ini yang ANDA cari-cari selama ini.
    Daftar sekarang !!!

    http://uber.mydiscussion.net/ <<- masuk sini

    BalasPadam