facebook twitter instagram
  • Dapur | Home
  • Aneka Resepi
    • Daging
    • Ayam
    • Ikan
    • Makanan Laut
    • Sup
    • Sayur
    • Kuih-Muih
    • Roti
    • Kek
  • Masakan Kampung
  • Western
  • Penafian
  • Hubungi

Dapur Cahaya Hayati

Assalamualaikum wbt. Udang Masak Serai

Resepi seafood lagi. Mommy sekeluarga memang penggemar seafood. Tak tahu kenapa bila ada seafood ja mesti berselera makan.. Selalunya seafood yang di beli, mommy akan pelbagaikan menu. Ajar anak-anak untuk makan pelbagai jenis masakan. Senang nanti bila hendak ke mana-mana atau pun ketika berada di asrama. Tak perlu memilih makanan, ataupun yang ni tak makan, yang tu tak makan... 

Selain itu, dalam mempelbagaikan menu... mommy juga terapkan kepada anak-anak yang dalam hidup ini ada pelbagai pilihan hidup. Tak boleh jalan A, kena cuba jalan B sehinggalah Z. Yang penting usaha... Tanpa usaha, kejayaan tidak akan datang bergolek. 

Berbalik kepada resepi udang ini, ia merupakan resepi kesukaan encik suami. So, mommy layankan sajalah sebab mudah dan tak banyak bahan.

udang masak serai mudah dan sedap

RESEPI UDANG MASAK SERAI

Bahan2

1/2 kilo udang kertas - di bersihkan dan di tos
3-4 sudu cili kisar
2 biji bawang besar - di kisar
4 biji bawang putih- di kisar
2 cm halia - dikisar
4 batang serai - 3 di kisar, 1 di ketuk
RM 1 santan
1-2 keping asam keping/ gelugor
garam secukupnya
minyak untuk menumis


Caranya

Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga wangi. Masukkan cili kisar dan serai yang telah di ketuk.

Masak cili sehingga berminyak atau masak sepenuhnya. Tambahkan santan, asam keping dan garam secukupnya.

Biarkan sehingga mendidih. 

Masukkan udang, biarkan sehingga masak. Kacau sekali sekala. 

Bila udang dah masak, rasa. Tambah bahan yang dirasakan tak cukup tu.

Kalau semua dah cukup, angkat dan hidangkan bersama nasi panas, ikan goreng dan sayur atau kerabu.

Notes: cili kisar boleh di kurangkan kuantiti jika tak mahu pedas. 

Selamat mencuba.



Assalamualaikum wbt

Masak apa hari ni? Teringin nak makan seafood atau nak buat shell out sendiri? Tapi nak buat resepi apa? ha korang boleh cuba resepi lala sweet sour mommy ni. Simple tapi mabeles.. Anak-anak pun suka. Siap salahkan mommy kenapa beli lala tu sikit. Eh, mommy pula yang salah...

Lala sweet sour

Resepi Lala Sweet Sour

Bahan
1kg lala - dibersihkan dan di tos
1 biji bawang besar - di kisar
3 ulas bawang putih - di kisar
2 cm halia - di potong halus/ di racik
2 batang serai - di potong bulat 
5 biji cili padi - di belah
2 biji tomato - di belah 8
1 sudu besar cili kisar
3 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
Daun bawang
Garam secukupnya
Minyak

Caranya
Panaskan minyak. Tumis bahan kisar , serai dan halia sehingga wangi. 

Masukkan cili kisar. Biarkan sehingga masak atau berminyak.

Selepas itu, masukkan tomato, sos cili dan sos tiram.

Tambah sedikit air dan garam secukupnya.

Masukkan lala. Biarkan sehingga mendidih dan masak sepenuhnya. Kacau sekali sekala.

Taburkan daun bawang. Kacau

Angkat dan hidangkan bersama tom yam putih dan nasi panas.

Lala sweet sour

Lala sweet sour

Selamat mencuba!
Assalamualaikum wbt uolls! Cucur Jagung extra jagung

Menu simple jer untuk minum petang. Tambah-tambah lagi time hujan ni. Perut pulak kalau sejuk mesti kerap berdondang sayang.. 

Jadi mak-mak ni kena rajin. Godek-godek apa yang ada kat dapur.. Nasib baik ada jagung 2 ketul. Kupas, hiris campur tepung garam sikit, pastu goreng. Tadaa siap. Cucur jagung aka jemput-jemput jagung.

Tapi mommy rasa ramai anak muda sekarang tak pandai nak buat tapi pandai makan saja. betui tak? Jangan dik, ni menu penyelamat bila tiada apa2 kat rumah. Kalau tak letak jagung, letak bawang jadi cucur bawang, letak kentang ngan carrot pun boleh, tambang udang atau isi ayam pun boleh... Pandai main dengan bahan masakan, hasilnya memang meletup. Cicah pula dengan sos cili... Boleh habis sepinggan tau.

Cucur Jagung mudah dan sedap

Resepi Cucur Jagung

* ini resepi tanpa udang yer. Kalau ada udang lagi mabeles

Bahan

2 batang jagung - di hiris nipis
1 biji bawang besar - di potong separa bulat
5 biji cili padi
1/2 kilo tepung gandum
1 biji telur ayam
garam secukupnya
minyak untuk menggoreng
air sejuk


Caranya.

Campurkan jagung, tepung, telur, bawang besar, cili padi dan garam dalam satu bekas. Bekas besar sikit takpe. 

Masukkan air sejuk sikit-sikit sehingga bancuhan menjadi pekat dan tidak melekat di tangan. 

Panaskan minyak. Goreng dengan api sederhana sehingga agak garing.

Angkat dan hidangkan bersama sos cili dan teh o panas.


Cucur Jagung

Note: Untuk resepi ni, mommy selalu gorengkan bancuhan yang belum di masukkan bawang dan cili padi untuk anak-anak. Bancuhan yang ada bawang dan cili padi mommy masukkan setelah menggoreng untuk anak-anak. Tu yang ada 2 pinggan cucur jagung ni.

selamat mencuba uolls!
Assalamualaikum wbt

Hari ini mommy berkongsi resepi yang mommy selalu masak iaitu char koay teow. Resepi ini di kongsi oleh mak saudara suami ketika baru berkahwin dulu. 

Dulu, mommy mana pandai masak. Kalau masak pun resepi yang simple-simple ja. Tapi char koay teow memang tak reti. 

Mudah rupanya nak buat char koay teow ni. mommy kongsikan resepi mudah ini. So, lepas ni tak yah nak pi warung char koay teow lagi yer. Buat sendiri  boleh letak udang dan kerang banyak-banyak. Boleh ikut suka nak berkuah atau tak... Mommy suka yang tak berkuah banjir macam kat kedai tu. Suka yang ala-ala koay teow goreng tu..


Resepi Char Koay Teow


Bahan

1 bungkus koay teow
Udang
Kerang 
Taugeh - di buang kulit kacang dan di bersihkan
Kucai - di potong memanjang
 6 biji Telur - setiap pinggan sebiji telur. Kalau buat telur mata, sila tambah jumlah telur.
2 cawan air udang - kepala udang yang di rebus, di kisar dan di tapis airnya.
minyak
6 ulas bawang putih - di ketuk/ di cincang
Sos char koay teow - campuran 4 sudu besar kicap manis, 1 sudu besar kicap pekat, 2 sudu besar sos tiram,  3 sudu besar sos cili dan 2 sudu besar cili kisar. Masukkan semua dalam satu bekas dan kacau rata. Kalau rajin, boleh masak sos ini terlebih dahulu dan proses membuat char koay teow akan menjadi cepat.

Caranya:

Panaskan minyak. Tumis bawang putih, dan masukkan terus udang dan kerang. Biarkan sehingga udang dan kerang masak.

Setelah udang dan kerang masak, masukkan sos char koay teow. Dalam 1  1/2 sudu besar. Biarkan sehingga mendidih.

Setelah mendidih, masukkan koay teow. kacau seketika sehingga koay teow masak atau sos dan koay teow sekata.

Tolak koay teow ke tepi kuali, masukkan telur. Tolak masuk koay teow tadi sehingga menutup telur. 

Tambah air udang dalam 4 sudu besar. Masukkan kucai dan taugeh.

Setelah mendidih, kacau sehingga sekata.

Tadaaaa dah siap.


*** Boleh di hidangkan saja atau bersama dengan telur mata. Lagi sedap jika ada cili jeruk kicap.


Resepi cili jeruk kicap

Bahan

20 biji cili padi - di potong halus
garam - secukup rasa
1 1/2 sudu besar cuka
2 sudu besar kicap manis
4 sudu besar air panas


Caranya.

Campurkan semua bahan dan satu bekas. gaul rata. 

Untuk rasa yang lebih ummpphh boleh  buat sehari awal. 





Assalamualaikum wbt. Blackpepper Lamb

Minggu lepas singgah di Tesco Seberang Jaya. Ada offer Australian Lamb RM18 sekilo. Murah la tu.. So, ambik dalam sekilo... Dalam 3 keping macam tu...

Nak buat lamb chop memang tak cukup sebab kakak Aisya dah pandai makan lamb chop. Alternatifnya, mommy buat black pepper lamb. potong kecil-kecil. Semua dapat makan.... Bijakkan mommy ! hihihi. Dah takde orang nak puji, mommy puji la diri sendiri.

Korang pun boleh buat sendiri sebab resepi ni sangat mudah dan sedap. 

Blackpepper Lamb

RESEPI BLACK PEPPER LAMB


Bahan: 

1 kilo australian lamb - di potong kecil dan di bersihkan
5 sudu besar sos black pepper - guna jenama ramly
2 sudu sos tiram
1 biji bawang besar - di potong bulat atau separa bulat
1/2 biji cili benggala - di potong kecil atau memanjang
1 sudu besar minyak
1/2 cawan air

Caranya

Perap kambing dengan dua sudu lada hitam. Simpan dalam peti sejuk selama 1 jam. Kalau nak perap dari awal dan simpan beku pun boleh sebab nanti rasanya akan lagi ummphh.

Panaskan minyak dalam pan / kuali goreng tanpa minyak. Masak lamb sehingga benar-benar masak. Boleh tambah air sikit-sikit jika lamb masih belum empuk.

Bila lamb dah masak, masukkan black pepper, sos tiram. Masak sekejap sehingga mendidih.

Setelah mendidih, masukkan cili benggala dan bawang besar. Kacau sehingga mendidih.

Angkat dan hidangkan bersama nasi panas.


kambing masak lada hitam

selamat mencuba!

Assalamualaikum wbt.

Hai korang!. Hari ni nak share resepi ja....

Resepi Asam Pedas Tumis Ikan Kembung


Resepi asam pedas tumis mudah dan sedap

Bahan

5 ekor ikan kembung / temenung
3 sudu besar cili kisar
2 biji bawang besar - kisar
3 ulas bawang putih - kisar
2 cm halia - kisar
2 batang serai
daun kesom
1 kuntum bunga kantan
10 biji bendi
2 keping asam keping
garam
1 liter air
2 sudu besar minyak

Caranya


Panaskan minyak dalam periuk/kuali. Masukkan cili kering yang telah di kisar. Masak sehingga sedikit garing atau sehingga berminyak.

Masukkan serai dan bahan yang di kisar ( bawang besar, halia dan bawang putih). Masak sekali lagi sehingga agak garing.

Tambah air. Masukkan daun kesum , bunga kantan, asam keping dan garam. Biarkan sehingga mendidih.

Apabila mendidih, tambahkan ikan dan bendi. Biarkan mendidih sekali lagi sehingga ikan benar-benar masak.

Angkat dan hidangkan ketika masih panas bersama nasi putih serta sambal belacan dan ulam-ulaman.



Assalamualaikum wbt. Meatball Ala Ikea

Mommy bila tak tahu nak masak apa untuk dinner, selalunya mommy buat yang ringkas dan senang saja. Yang pasti semua orang suka...

Okayy hari ini, mommy nak share resepi meatball ala ikea yang sedap tu. Cara mommy senang saja.. Baca kat bawah tu...

Meatball Ala Ikea


RESEPI MEATBALL BLACK PEPPER

Bahan:

1 paket meatball jenama ramly - budget seorang 10 biji
10 sudu blackpepper jenama ramly
minyak
3 ulas bawang putih
1 sudu tepung jagung - di bancuhkan dengan air
1 1/2 cawan air
1 sudu mixed herb
1 sudu sos tiram
garam - secukupnya


Caranya:

Panaskan pan/ kuali. Masukkan minyak sedikit.

Masukkan meatball sehingga benar-benar masak. Angkat dan ketepikan.

Panaskan kuali tadi. Masukkan satu sudu minyak. Tumiskan bawang putih sehingga wangi.

Masukkan lada hitam dan air. Kacau dan biarkan sehingga mendidih. 

Tambahkan garam dan sos tiram. Gaul rata. Rasa

Biarkan sehingga mendidih. Masukkan tepung jagung yang telah di bancuh.

Biarkan mendidih sekali lagi dan struktur sos menjadi pekat, likat dan bersinar.

Angkat dan hidangkan.

#Mommy masukkan dalam kuali terus sebab malas nak hidang dalam banyak bekas. So, jangan tiru mommy yer!

Kebetulan, masa mommy masak ni, adik ipar mai rumah... so, tambah sausage dan satay (beli). Fries dan salad tu memang dah goreng untuk makan sekali dengan meatball. Kira western habislah kami malam tu..



Assalamualaikum wbt. Mee Goreng Udang

Hujan-hujan ni mommy malas nak keluar. Masak yang simple-simple pun jadilah...

resepi mee goreng mudah dan sedap

RESEPI MEE GORENG UDANG

Bahan

Mee kuning
Telur
Sawi
Udang - di buang kulit terlebih dahulu
minyak
cili sos
tomato sos
sos tiram
kicap manis
cili giling
Bawang besar
Bawang putih

**** jika tiada bahan-bahan di atas, boleh guna apa saja yang ada di rumah.

Caranya
Panaskan minyak. Tumis bawang besar & putih sehingga naik bau. Masukkan cili giling. Masak cili sehingga berminyak.

Masukkan udang, sos cili, sos tomato, sos tiram dan kicap secukupnya. Biar seketika sehingga udang masak. Tambah sedikit air jika terlalu pekat.

Masukkan mee kuning & sayur sawi. Gaul sebati.

Sediakan ruang dalam kuali. masukkan telur dan tutup telur tersebut dengan mee. Biar seketika sehingga telur masak. Gaul rata.

Dah siap. Hidangkan panas-panas.

Assalamualaikum wbt. 

Korangggggg! 

Kalau korang lapar tengah malam, korang makan apa? Buah ker? Bukan lapar sikit2 tau, ni lapar sangat2. Kalau mommy, mommy buat piza segera guna roti gardenia ja.  Macam kat bawah ni. Letak cheese sekeping. Ini cara orang malas.. hehe.



Resepi mudah pizza segera ni adalah seperti di bawah.

Bahan:

1 keping roti gardenia
1 biji telur 
2 ketul mini sausage - di potong nipis
1 keping cheese
sos cili 

Caranya 

Panaskan minyak. Masak sausage sehingga separuh masak. 

Selepas  itu, masukkan telur. kacau sedikit sehingga telur pecah . Biarkan masak bahagian bawah.

Bahagian atas pula, ambil roti dan letakkan di atasnya.

Alih. Biarkan sehingga roti sedikit garing.

Angkat dan letakkan dalam piring.

Letakkan cheese dan panaskan semula/ sekejap dalam mikrowave. Agak-agak cheese menjadi sedikit cair.

Keluarkan dan letak sos cili.

Dah boleh makan. Yummmy & happy tummy!

Selamat mencuba.



Newer Posts
Older Posts

Selamat Datang


Pemilik Blog
Dapur Cahaya Hayati

Cahaya Hayati, pemilik blog. Suka berkongsi resepi menarik terutama menu masakan tradisional.


Ketahui lagi..



Jom Berkenalan

Labels

Ayam Udang daging ikan kambing kek kuih masakan kampung mee nasi resepi roti sambal sayur seafood sotong sup western

Arkib Blog

  • ►  2021 (3)
    • ►  Julai (1)
    • ►  Jun (2)
  • ►  2020 (19)
    • ►  Julai (1)
    • ►  Jun (3)
    • ►  Mei (3)
    • ►  April (6)
    • ►  Mac (4)
    • ►  Februari (1)
    • ►  Januari (1)
  • ►  2019 (15)
    • ►  Oktober (4)
    • ►  September (1)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (3)
    • ►  Mei (3)
  • ►  2018 (34)
    • ►  November (2)
    • ►  Oktober (3)
    • ►  September (3)
    • ►  Ogos (5)
    • ►  Jun (1)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (4)
    • ►  Februari (1)
    • ►  Januari (9)
  • ►  2017 (61)
    • ►  Disember (1)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (10)
    • ►  September (6)
    • ►  Ogos (4)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Jun (5)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (3)
    • ►  Februari (12)
    • ►  Januari (8)
  • ▼  2016 (18)
    • ►  Disember (2)
    • ▼  November (9)
      • Udang Masak Serai
      • Lala Sweet Sour
      • Cucur Jagung extra jagung
      • Resepi Char Koay Teow Mudah Dan Sedap
      • Blackpepper Lamb
      • Asam Pedas Tumis Ikan Kembung
      • Meatball Ala Ikea
      • Mee Goreng Udang Sedap Oii!
      • Supper : Pizza Segera
    • ►  Oktober (5)
    • ►  Mei (1)
    • ►  Januari (1)
  • ►  2015 (6)
    • ►  November (6)

Created with by BeautyTemplates | Distributed by blogger templates