facebook twitter instagram
  • Dapur | Home
  • Aneka Resepi
    • Daging
    • Ayam
    • Ikan
    • Makanan Laut
    • Sup
    • Sayur
    • Kuih-Muih
    • Roti
    • Kek
  • Masakan Kampung
  • Western
  • Penafian
  • Hubungi

Dapur Cahaya Hayati

Resepi Ayam Goreng Berempah 

resepi ayam goreng berempah

Bahan

1 ekor ayam - potong 16
3 batang serai - kisar
2 cm lengkuas - kisar
2 cm halia- kisar
5 cm kunyit hidup- kisar
1 sudu besar jintan manis- kisar
1 sudu besar jintan putih- kisar
1 sudu besar biji ketumbar- kisar
5 ulas bawang putih- kisar
3 biji bawang besar- kisar
3 tangkai daun kari- kisar
2 sudu besar serbuk kari daging
1 sudu besar serbuk cili/cili kisar
2 biji telur - kisar
garam - secukupnya - kisar
gula - secukupnya - kisar
Minyak - untuk menggoreng


Caranya

Ayam di bersihkan dan di toskan. Ketepikan dahulu.

Kisar bahan yang di tanda kisar. Setelah siap kisar, curahkan ke atas ayam. Tambah serbuk kari  dan serbuk cili.

Gaul rata. Biarkan semalaman. Kalau tak sabar, boleh goreng selepas 2 jam.

Untuk menggoreng, panaskan minyak. Masukkan ayam, goreng ayam sehingga masak dengan api yang sederhana.

Sedap di makan panas-panas.


Selamat mencuba!





Ayam Masak Kicap Lemak Manis.  Bila selalu masak kat rumah, sampai takde idea nak masak. Last-last ayam masak kicap yang sedap dan mudah juga menjadi pilihan. Senang kerja, sebab mommy boleh masak dengan cepat dan boleh rehat lama-lama. hihi.

Ayam masak kicap mudah dan sedap
Ayam masak kicap


Resepi Ayam Masak Kicap


Bahan

1/2 ekor ayam atau 10 bahagian/ ketul 
1 biji bawang besar - potong separa bulat
2 ulas bawang putih - di racik
2 cm halia - di racik
2 tangkai daun kari
1 batang kulit kayu manis
3 biji cili kering - di potong 3 atau 4 bahagian
4 sudu besar kicap
2 sudu besar sos tiram 
air asam jawa
2 sudu besar minyak 
1/2 cawan air


Caranya

Ayam di garam kunyit dan di goreng terlebih dahulu. Ketepikan.

Panaskan minyak. Tumis bawang besar, bawang putih, halia, daun kari, kulit kayu manis dan cili kering sehingga wangi.

Masukkan kicap, sos tiram dan dan air. Gaul rata dan biarkan sehingga mendidih.

Masukkan air asam jawa. Kacau rata dan rasa.

Akhir sekali masukkan ayam yang telah di goreng. Gaul rata sehingga semua ayam bersalut dengan kicap. Biarkan sehingga mendidih.

Angkat dan hidangkan.


Assalamualaikum wbt. Menu weekend

Biasanya hari minggu, mommy masak lain sikit dari biasa. Almaklumlah hari cuti baru nak masak-masak. Selalunya mommy prefer lauk kampung atau kampung style. Lauk sebegini boleh tambah nasi 2 pinggan. hihi.  Sebab tulah tak boleh masak selalu. Karang berat naik bagai di pam pam macam belon.

resepi masak lemak cili padi

Resepi Udang Masak Lemak Cili Padi


Bahan

500g Udang - di bersihkan terlebih dahulu
RM3 santan
2 ulas bawang besar
3 ulas bawang putih
2cm kunyit
10 biji cili padi - boleh tambah jika mahu extra pedas
2 batang serai
2 cm halia
2 cm lengkuas
2 biji buah keras
2 helai daun kunyit - di hiris (saiz ikut suka)
1 keping asam keping/ gelugor
Garam secukupnya


Caranya

Kisar bawang besar, bawang putih, serai, halia, lengkuas, buah keras dan cili padi. Jika rajin boleh tumbuk guna lesung, rasa dan aroma lebih asli.

Masak sebentar bahan yang dikisar sehingga mendidih. Masukkan udang, garam, asam keping  dan di biarkan sehingga mendidih. Selepas itu, masukkan santan.

Setelah udang dan santan masak, masukkan daun kunyit yang telah di hiris.

Tutup api dan hidangkan.


note: resepi ni akak tak gunakan minyak sebab santan tu dah berlemak.

Resepi Sotong Goreng Kunyit Bersama Buncis

Bahan

1/2 kilo sotong - di potong dan di gaul dengan garam kunyit. ketepikan
1 genggam buncis - di potong nipis memanjang.
2-3 biji cili padi
1 biji cili merah besar
1 biji bawang besar - di potong bulat
2 ulas bawang putih - di racik
minyak


Caranya

Panaskan minyak. Masukkan sotong. Biarkan sehingga masak.

Apabila sotong telah masak, masukkan bawang besar, bawang putih, cili padi dan cili besar.

Biarkan sehingga wangi. Masukkan kacang buncis. Gaul rata sehingga kacang masak.

Rasa.

Angkat dan hidangkan dengan nasi panas.


Selamat Mencuba!
Assalamualaikum wbt. Resepi kailan sos tiram. Kali pertama mommy masak kailan sos tiram. Selalunya kailan ikan masin atau kailan goreng dengan ikan bilis. Alhamdulillah walaupun kali pertama masak kailan sos tiram, rasanya memang mabeles. Sedap.

Disebabkan sedap, mommy kongsi resepi yang simple ini jugak. Kot2 korang nak buat jugak.


Resepi Kailan Sos Tiram

Resepi Kailan Sos Tiram


Bahan

1 ikat kailan
1/2 biji bawang besar - di racik
1 ulas bawang putih - di racik
1 biji cili besar
3 sudu besar sos tiram
Garam secukupnya
1 sudu besar minyak
1/4 cawan air


Caranya

Panaskan minyak. Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga wangi.

Tambah air. Biarkan sehingga mendidih.

Masukkan sos tiram, cili besar dan garam. Kacau rata.

Biarkan sehingga mendidih. Masukkan kailan. 

Kacau rata sehingga kailan masak sepenuhnya.

Angkat dan hidangkan dengan tomyam campur dan nasi putih.

Assalamualaikum wbt. Peknga / Lempeng Kelapa adalah kuih melayu traditional yang telah di komersialkan. Dulu-dulu kalau nak makan penknga, mesti minta mak buatkan. Kalau dapat kelapa tua yang belum masak lagi sedap, lagi lemak dan isi dia pun lembut.

Itu dulu la. Sekarang peknga dah banyak yang jual. Harga pun boleh tahan. Sekeping peknga dan kari kosong pun dah berharga RM 2. Paling murah tu... Kalau nak makan ramai-ramai macam tak berbaloi pula.

Selalunya kat rumah kalau ada lebihan kari, mommy akan buat peknga. Budak-budak ni pun suka. Macam makan roti canai kata depa.

lempeng kelapa

Ini menu sarapan pagi kat rumah. Nasi goreng untuk yang taknak makan peknga. Yang makan peknga, nak makan nasi goreng pun boleh. Yang diet, sila pandang saja. hihi

peknga

Bagi yang suka makan peknga. ini resepinya. Simple tapi sedap.

Resepi Peknga / Lempeng Kelapa

Bahan

500g Tepung
RM 2 kelapa parut putih
Air
1/2 sedu kecil garam


Caranya:

Campurkan tepung, garam dan kelapa dalam satu bekas.

Masukkan air sikit demi sikit sehingga bancuhan menjadi pekat.

Panaskan kuali dengan api sederhana. Masukkan bancuhan dalam kuali dan canai bancuhan menjadi bentuk bulat. Kat sini skill di perlukan. Tak reti takpe.. Cuma hasilnya akan menjadi pelbagai bentuk saja.

Biarkan sehingga masak dan sedikit garing. Alihkan dan biarkan sehingga masak dan sedikit garing.

Angkat dan hidangkan ketika masih panas.

Selamat mencuba!

Ayam Masak Kicap Pedas

ayam masak kicap pedas

Bahan

5-7 ketul ayam yang telah di potong. Di gaul garam kunyit dan di goreng.
2 sudu besar cili kering kisar
2 sudu besar sos tiram
4 sudu besar kicap manis
1 labu bawang besar - di potong separa bulat
2 ulas bawang putih - di potong nipis
2 cm halia - di racik
1 batang kulit kayu manis
daun kari
air asam jawa
minyak


Caranya

Panaskan minyak. Tumis bawang besar, bawang putih, halia, kulit kayu manis dan daun kari sehingga wangi.

Masukkan cili kisar. Masak sehingga sedikit garing.

Apabila cili telah garing, tambah sos tiram, kicap manis dan air asam.

Biarkan sehingga  mendidih. Rasa.

Angkat dan hidangkan dengan nasi panas.

Assalamualaikum wbt.Fettuccine Carbonara Dengan Meatball Dan Sosej

Sesekali layan western best juga. Layan tekak dengan masak sendiri. Boleh letak bebola dan sosej banyak-banyak. Memang mabeles lah!


Fettuccine dan sos tu mommy beli masa lori Prego buat promosi di office. Boleh baca di SINI. Harga yang mommy dapat untuk dua jenis pasta dan dua jenis sos adalah RM 16 saja. Tambahan dapat free tabung. 

Dah beli, haruslah masak. Oklah resepi kat bawah yer! Simple tapi sedap.


Fettuccine Carbonara Dengan Meatball Dan Sosej

Bahan:

1/2 paket Fettuccine - rebus dan toskan
1/2 tin sos carbonara
3 ulas bawang putih - racik bulat2
2 sudu besar minyak zaitun
15 biji bebola daging
3 batang sosej ayam - di potong sederhana tebal
1 cawan air
garam secukupnya

Caranya:

Rebus fettuccine sehingga empuk dan toskan. Ketepikan dahulu.

Panaskan minyak. Goreng sosej terlebih dahulu sehingga sedikit garing. Angkat dan ketepikan

Masukkan bawang putih sehingga wangi. Masukkan juga mixed herb agar fettuccine lebih sedap dan wangi.

Tambah sos carbora, bebola daging  dan air. Biarkan sehingga bebola daging masak.

 Rasa. Tambah garam jika rasa sos kurang garam

Apabila bebola daging telah masak, tambahkan fettuccine dan sosej.

Gaul Rata.

Angkat dan hidangkan ketika masih panas. Makan sejuk-sejuk pun sedap.

Assalamualaikum wbt. Resepi lala kam heong pula.

Kali ini terjadi resepi yang lain dari lain. Terasa nak makan lala kam heong. Tengok astro channel 703 terus terliur mommy. So, google resepi. Maka terjadilah lala kam heong. Sedap rupanya. Hihi. Nak buat camna, mommy first time makan. 

Di sebabkan sedap, mommy kongsikan resepinya di sini.

lala kam heong



RESEPI LALA KAM HEONG

Bahan-Bahannya

1kg lala (dicuci & ditoskan)
2 tangkai daun kari
2 sudu besar serbuk kari
3 biji cili padi (ditumbuk sedikit)
3 ulas bawang putih(ditumbuk)
8 ulas bawang merah (ditumbuk)
2 sudu besar udang kering (direndam & ditumbuk)
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap cair
1 sudu besar kicap pekat
1 biji bawang besar (dipotong 6)
Garam secukup rasa


Cara 

Dalam satu mangkuk, campurkan serbuk kari, sos tiram, kicap cair & kicap pekat sebagai bahan perencah.

Panaskan sedikit minyak, tumiskan bawang merah & bawang putih. Dimasukkan pula udang kering hingga naik bau. 

Kemudian masukkan cili padi, daun kari, dan bahan perencah. Kacau hingga sebati. 

Tambahkan garam secukup rasa.

Masukkan lala bersama bawang besar. Kacau rata.Rasa dan jika ok, boleh dihidangkan bersama nasi panas.
Newer Posts
Older Posts

Selamat Datang


Pemilik Blog
Dapur Cahaya Hayati

Cahaya Hayati, pemilik blog. Suka berkongsi resepi menarik terutama menu masakan tradisional.


Ketahui lagi..



Jom Berkenalan

Labels

Ayam Udang daging ikan kambing kek kuih masakan kampung mee nasi resepi roti sambal sayur seafood sotong sup western

Arkib Blog

  • ►  2021 (3)
    • ►  Julai (1)
    • ►  Jun (2)
  • ►  2020 (19)
    • ►  Julai (1)
    • ►  Jun (3)
    • ►  Mei (3)
    • ►  April (6)
    • ►  Mac (4)
    • ►  Februari (1)
    • ►  Januari (1)
  • ►  2019 (15)
    • ►  Oktober (4)
    • ►  September (1)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (3)
    • ►  Mei (3)
  • ►  2018 (34)
    • ►  November (2)
    • ►  Oktober (3)
    • ►  September (3)
    • ►  Ogos (5)
    • ►  Jun (1)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (4)
    • ►  Februari (1)
    • ►  Januari (9)
  • ▼  2017 (61)
    • ►  Disember (1)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (10)
    • ►  September (6)
    • ►  Ogos (4)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Jun (5)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (3)
    • ►  Februari (12)
    • ▼  Januari (8)
      • Ayam Goreng Berempah
      • Ayam Masak Kicap Lemak Manis
      • Menu weekend
      • Kailan Masak Sos Tiram
      • Peknga / Lempeng Kelapa
      • Ayam Masak Kicap Pedas
      • Fettuccine Carbonara Dengan Meatball Dan Sosej
      • Resepi Lala Kam Heong
  • ►  2016 (18)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (9)
    • ►  Oktober (5)
    • ►  Mei (1)
    • ►  Januari (1)
  • ►  2015 (6)
    • ►  November (6)

Created with by BeautyTemplates | Distributed by blogger templates