facebook twitter instagram
  • Dapur | Home
  • Aneka Resepi
    • Daging
    • Ayam
    • Ikan
    • Makanan Laut
    • Sup
    • Sayur
    • Kuih-Muih
    • Roti
    • Kek
  • Masakan Kampung
  • Western
  • Penafian
  • Hubungi

Dapur Cahaya Hayati

Ikan Kembung Masak Kicap Pedas Masam Manis ~ Mak mak sangat sampai tak tahu nak masak apa.. Kita makan kat cafe opis, ada lauk macam-macam. Bila nak masak sampai tak tahu nak masak apa sebab lauk ni dah makan dah hari tu, menu ni dah makan semalam dan macam-macam lagilah. Fikir punya fikir nak masak apa terus teringat nak makan yang pedas tapi ada rasa masam dan masin sikit... Maka terjadilah Ikan Kembung Masak Kicap Pedas Masam Manis. Pernah rasa dulu tapi tak ingat sapa yang masak dan di mana tapi rasa tu masih ada di dalam minda mommy. 

Ikan Kembung Masak Kicap Pedas Masam Manis ni versi mommy campak-campak saja. Bila rasa dah kena dengan taste dan anak-anak suka, mommy kongsilah di sini... Boleh la korang cuba juga. Senang, cepat dan pastinya sedap. 

Ikan Kembung Masak Kicap Pedas Masam Manis,resepi Ikan Kembung Masak Kicap Pedas Masam Manis, ikan kembung, masak kicap ikan, ikan masak kicap, kicap, kicap manis, cara masak kicap ikan, cara masak kicap sedap, ikan masak kicap sedap, ikan masak kicap mudah dan sedap, resepi ikan masak kicap mudah dan sedap, ikan masak kicap mudah dan sedap, sedapnya ikan masak kicap, ikan kicap, menu ikan mudah dan sedao, menu sahur, menu berbuka, menu mudah untuk berbuka, menu mudah untuk sahur, menu sahur, resepi bulan ramadhan, bahan masak kicap ikan, ikan, ikan kembung, cara masak ikan kembung, resepi ikan kembung, resepi masak kicap, resepi menggunakan kicap, kicap dan ikan
Ikan Kembung Masak Kicap Pedas Masam Manis

Ikan Kembung Masak Kicap Pedas Masam Manis,resepi Ikan Kembung Masak Kicap Pedas Masam Manis, ikan kembung, masak kicap ikan, ikan masak kicap, kicap, kicap manis, cara masak kicap ikan, cara masak kicap sedap, ikan masak kicap sedap, ikan masak kicap mudah dan sedap, resepi ikan masak kicap mudah dan sedap, ikan masak kicap mudah dan sedap, sedapnya ikan masak kicap, ikan kicap, menu ikan mudah dan sedao, menu sahur, menu berbuka, menu mudah untuk berbuka, menu mudah untuk sahur, menu sahur, resepi bulan ramadhan, bahan masak kicap ikan, ikan, ikan kembung, cara masak ikan kembung, resepi ikan kembung, resepi masak kicap, resepi menggunakan kicap, kicap dan ikan
Ikan Kembung Masak Kicap Pedas Masam Manis

Ikan Kembung Masak Kicap Pedas Masam Manis

Bahan

6 ekor ikan kembung - di gaul garam kunyit dan di goreng sedikit garing. Ketepikan.
5-6 biji cili padi - di belah dua
1 labu bawang besar - di potong separa bulat
5 ulas bawang putih - di racik
2cm halia - di racik
1 batang kulit kayu manis
5 sudu besar kicap manis
1-2 sudu kecil cuka
2 sudu besar sos tiram
garam secukupnya
1/2 cawan air


Caranya

Tumis bawang besar, halia, bawang putih, cili padi dan kulit kayu manis sehingga wangi.

Masukkan air, cuka, garam dan sos tiram. Biarkan sehingga mendidih dan rasa telah sebati. 

Masukkan ikan kembung dan gaul rata. Biarkan mendidih dan rasa kuah menyerap dalam ikan. 

Rasa dan jika kurang masin boleh tambah garam. Jika sudah cukup, angkat dan hidangkan bersama nasi panas dan sayur. 





Spaghetti Carbonara Seafood. Mommy obses dengan spaghetti. Suka makan tapi suka yang homemade sebab kadang-kadang tu yang kat restoran tidak memenuhi citarasa mommy. Taste mommy ni kadang-kadang lain sikit tapi lebih suka yang ada rasa melayu sikit. Sebab itulah walaupun buat spaghetti carbonara letak cili dan lada. Barulah ada rasa kick sikit.. hahaha. Tapi sos carbonara ni mommy guna yang botol saja. Senang dan cepat. 

Di sini mommy kongsikan spaghetti carbonara cara mommy. Mungkin ia juga memenuhi citarasa korang.... Cubalah. 

spaghetti, spaghetti carbonara, cara buat spaghetti carbona, carbonara seafood, cara masak spaghetti, cara masak spaghetti carbonara, resepi spaghetti carbonara, carbonara spaghetti, bahan-bahan spaghetti carbonara, homemade sapghetti carbonara, cara masak spaghetti carbonara, carbonara, resepi pasta carbonara, pasta, western, senangnya masakan western, prego, sos carbonara,
Spaghetti Carbonara Seafood

Spaghetti Carbonara Seafood

Bahan

1/2 paket spaghetti  - rebus sehingga lembut dan toskan 
1 botol sos carbonara
10-15 ekor udang sederhana
5 ekor sotong besar - potong bulat
1-2 biji cili merah/cili kering/cili traffic light - potong bulat dan serong
2 biji bawang putih - potong bulat
2 sudu besar minyak zaitun / kelapa sawit
1/2 cawan air
garam secukupnya


Caranya

Panskan minyak, tumis bawang putih sehingga wangi. Masukkan sos carbonara dan 1/2 cawan air. Biarkan mendidih.

Setelah mendidih, masukkan  cili,sotong dan udang. Biarkan sehingga masak.

Angkat dan hidangkan bersama spaghetti yang telah di rebus. 


* tak perlu gaul sekali kerana jika tidak habis, boleh masukkan dalam fridge dan panaskan bila mahu makan. 


Selamat mencuba!


Bawal Goreng Cili Kicap. Assalamualaikum wbt & hi. Lamanya mommy tak update blog.. Ada jer sebab mommy dok catch up beberapa perkara makanya blog ni terabai sikit. Korang suka tak makan bawal goreng panas-panas cicah dengan cili kicap? Mommy suka dan boleh bertambah nasi. Selalunya mommy akan ke restoran nelayan di Bagan Luar Butterworth tapi cili kicap dia tak berapa nak menepati citarasa mommy. Ada sesuatu yang kurang.. hihi. Jadinya, untuk memenuhi selera mommy.. Mommy akan buat sendiri Bawal Goreng Cili Kicap. Untuk bawal goreng cili kicap ni mesti geng dengan kari kepala ikan atau kari ikan penang. Sedap baq hang!

Untuk resepi kari ikan borang boleh tengok di Kari Ikan Temenung Lemak  atau Kari Kepala Ikan. Dua-dua sedap. Eh!. hahaha... Hari ini mommy nak kongsikan cara buat cili kicap yang sedap sampai tak nak kongsi dengan orang lain. Senang saja... pejam mata pun boleh buat. Untuk bawal goreng tu, korang gaul garam kunyit dan goreng garing sebelum hidang nasi. Jangan goreng awal-awal sebab nanti tak sedap.


RESEPI SAMBAL KICAP, resepi sambal kicap, sambal kicap, bawal goreng panas sambal kicap, sambal cili, sambal cili kicap, cili kicap, resepi cili kicap, resepi sambal cili kicap, cili kicap bawal goreng panas, bahan-bahan cili kicap, bahan-bahan sambal cili kicap, cara buat sambal cili kicap, kicap, cili, sambal cili kicap ikan goreng, bawal, bawal goreng, bawal goreng panas
Bawal Goreng Cili Kicap


RESEPI SAMBAL CILI KICAP

Bahan:

7 biji cili padi - hiris kecil
1 labu bawang besar - di hiris separa bulat dan nipis
2 biji limau kasturi atau separuh limau nipis
5 sudu besar kicap


Caranya:

Satukan semua bahan dan gaul rata.

Siap. Hidangkan bersama dengan bawal,  kari dan nasi panas-panas.



notes:

Jangan tambah air panas/ air suam dalam sambal kicap. Kalau kurang kicap, just tambah kicap. Sebab bila bercampur dengan air, rasa sambal kicap dah tak kick.



Sambal Petai Udang Mudah Dan Sedap ~ Sesekali layan lauk kampung memang sedap. Kali ini mommy teringin sambal petai udang. Mommy tak makan petai sebenarnya tapi suka sambal yang ada rasa petai. Rasa unik petai dan manis udang menjadi tarikan. Mommy kalau ada lebihan sambal petai memang akan buat nasi goreng sambal petai. Sedap tau!

Kalau buat sambal petai, mommy suka sambal yang pekat dan berbalut di petai dan udang. Tak suka yang cayaq! Pastu sambal tu pula mesti masak sampai berminyak. Baru la sambal tahan lama..

Korang pula suka sambal petai yang macam mana?

Sambal petai, sambal petai sedap, sambal petai mudah dan sedap, sambal petai  udang, sambal udang petai, sambal udang, sambal udang petai sedap, sambal udang petai sedap dan mudah, sambal petai mudah, sambal udang mudah dan sedap, mudahnya masak sambal petai  udang, mudahnya masak sambal petai udang, bahan untuk buat sambal petai, bahan untuk buat sambal petai udang, cara masak sambal petai, langkah-langkah untul buat sambal petai udang
Sambal petai udang mudah dan sedap


Sambal Petai Mudah Dan Sedap


Bahan

6 papan petai - di kikis kulit, di potong kecil dan si rendam dgn air garam.
1/2 kg udang kertas saiz s
RM 2 santan
6 sudu besar cili kisar
1 keping asam keping
Minyak
Garam

Bahan Kisar

2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2cm halia

Caranya

Panaskan minyak. Masukkan cili kisar. Masak cili sehingga sedikit garing.

Masukkan bahan kisar. Masak lagi sehingga mendidih dan sedikit pekat.

Masukkan santan dan biarkan ia mendidih.

Tambah udang, petai, garam dan asam keping. Biarkan sehingga udang dan petai masak sepenuhnya dan sambal berminyak.

Angkat dan hidangkan bersama nasi dan lauk lain.

Selamat mencuba!


Cucur Jagung Lembut Dan sedap ~ Hi semua. Semalam hujan sat, dan la bumi sejuk sikit. Hari ni panas lit lit lagi. Takmo keluar tapi terpaksa juga sebab nak lunch. hahaha. Ahad baru-baru ni, mommy pergi beli breakfast di Taman Selasih dan ada seorang kakak ni dengan anak dia datang tanya nak tak jagung. Satu bungkus, 5 biji jagung dengan harga RM5. Bila ada yang menjual macam tu, mommy terus kesian dan ambil sebungkus. Sebab zaman sekarang semuanya memerlukan duit dan kemungkinan kakak tu pun perlu duit untuk perbelanjaan harian dia dan anak-anak. Dia bukan meminta tapi dia menjual, jadi kita bantu dia dengan membeli. Alhamdulillah jagung-jagung yang mommy beli tu semua sedap, manis dan elok. In sha Allah kalau terserempak lagi dengan kakak tersebut, mommy akan beli lagi. Mungkin beli lebih sebab anak-anak mommy suka makan jagung. Dah ajar depa makan jagung sejak dari dalam perut. Tu sebab mulut depa macam bertih jagung. hahaha

Bila dah ada jagung, terus terfikir nak buat cucur jagung. Sedapnya makan coq jagung panas-panas dengan air kopi o. Cucur jagung yang ini versi anak-anak mommy - tanpa sayur dan bawang. Allergic betul depa dengan sayur dan bawang. Kali ini mommy letak sedikit cuka. Ada perbezaan rupanya bila letak cuka dengan tanpa cuka. Bila letak cuka, jagung akan melekat di tepung dengan elok, rasa lemak sedikit dan bila goreng ia tak meletup-letup. 

Cucur Jagung Lembut Dan sedap, cucur jagung, cucur jagung mudah dan sedap, cucur jagung sedap, resepi cucur jagung, cara buat cucur jagung, cucur jagung mudah dan sedap, sedapnya cucur jagung, jagung, bahan cucur jagung, jagung sedap,
Cucur Jagung Lembut Dan sedap


Cucur Jagung Lembut Dan sedap


Bahan

2 biji jagung - di ambil ulasnya saja
500g tepung
1 sudu besar cuka makan
garam secukupnya
Air panas secukupnya



Caranya

Gaul semua bahan sehingga sebati dan menjadi seperti bancuhan di bawah ini.

Cucur Jagung Lembut Dan sedap, cucur jagung, cucur jagung mudah dan sedap, cucur jagung sedap, resepi cucur jagung, cara buat cucur jagung, cucur jagung mudah dan sedap, sedapnya cucur jagung, jagung, bahan cucur jagung, jagung sedap,
Cucur Jagung Lembut Dan sedap

Panaskan minyak dan mula menggoreng bancuhan tadi. Bentukkan ia bulat-bulat. Mommy tak pandai buat bulat-bulat tapi bermacam-macam bentuk bolehlah.

Cucur Jagung Lembut Dan sedap, cucur jagung, cucur jagung mudah dan sedap, cucur jagung sedap, resepi cucur jagung, cara buat cucur jagung, cucur jagung mudah dan sedap, sedapnya cucur jagung, jagung, bahan cucur jagung, jagung sedap,
Cucur Jagung Lembut Dan sedap

Goreng sehingga keperangan atau sedikit garing. 

Angkat dan hidangkan dengan teh o atau kopi o.


Selamat mencuba.!
Fried Angel Hair ~ Alah spaghetti yang halus tu nama dia angel hair. Mommy suka angel hair ni di buat goreng. Kalau makan dengan carbonara atau bolognaise kurang sikit. Mommy aje.. korang punya citarasa lain kot. spaghetti, angel hair, mee kering dan segala mak nenek stok kering memang ada tersimpan kat rumah. Senang kalau mommy terrrr rajin nak masak, terrrr paksa masak dan malas nak keluar. hahaha.

Angel hair goreng ni senang ja uolls. Resepi macam mee goreng cuma tak letak kicap. Version mommy suka letak ayam, sosej atau udang banyak-banyak. Kalau boleh satu sudu, seketoi ayam. Hihi. 


Fried Angel Hair, angel hair goreng, spaghetti goreng, fried spaghetti, resepi angel hair mudah dan sedap, resepi angel hair goreng mudah dan sedap, resepi spaghetti goreng mudah dan sedap, spaghetti goreng mudah dan sedap, bahan spaghetti goreng, cara membuat spaghetti goreng, menu mudah dan sedap, menu makan malam mudah dan sedap, sedapnya spaghetti goreng, cara memasak spaghetti goreng,
Fried Angel Hair



Fried Angel Hair


Bahan

1/2 angel hair - direbus sehingga lembut dan di tos
1 sudu besar cili kisar
3 ulas bawang putih - potong bulat
2 dada ayam - potong kecil dan di gaul dengan sedikit garam
10 biji mini sosej - potong serong
1/2 cili benggala - di potong keci
2 biji tomato - di cincang halus
2 sudu besar sos cili
3 sudu besar minyak masak/zaitun
Garam secukupnya
Daun sup
1/2 cawan air


Caranya:

Panaskan minyak, goreng ayam sehingga sedikit garing atau kekuningan. Angkat dan ketepikan.

Kemudian, goreng sosej sehingga sedikit garing.  Angkat dan ketepikan.

Baki minyak tersebut, tumis bawang putih sehingga wangi. Masukkan cili kisar dan biarkan ia masak atau berminyak.

Tambah tomato, sos cili, air dan garam. Biarkan sehingga tomato sebati dengan cili iaitu mendidih dalam 10minit dengan api sederhana.

Masukkan angel hair, ayam, sosej dan cili benggala. Gaul sebati. 

Angkat dan taburkan daun sup sebelum hidang. 


Selamat mencuba!


p/s : mommy tak letak daun sup sebab kat umah takdak stok. 


Ikan Tongkol Masak Pindang ~ Bila malas nak masak, menu campak-campak selalu jadi pilihan. Antara menu campak-campak pilihan mommy adalah masak pindang atau masak singgang kata orang orang pantai timur. Beza pindang dan singgang adalah di mana pindang di letakkan kunyit hidup manakala singgang tak letak. Rasa lebih kurang ja. Cuma version mommy letak tomato, cili padi bagailah. Selalunya mommy masak pindang ikan temenung lemak tapi kali ini mommy buat pindang guna ikan tongkol sebab selalu nampak kawan-kawan belah pantai timur update masak singgang ikan tongkol. Sedap rupanya ikan tongkol dimasak pindang. Kalau belah husband, memang tak berapa suka ikan tongkol... tapi mommy okay ja. Buat masak kicap atau sambal lagi sedap. hihi..



Mommy suka masak pindang ni sebab bahan-bahan dalam menu ni sangat sesuai untuk perempuan dalam pantang atau lepas haid. Ia membantu membersihkan bahagian dalaman wanita. Jadi, apabila masak pindang... mommy akan hirup kuahnya. Sedap. 

Ikan Tongkol Masak Pindang, masak pindang mudah dan sedap, resepi masak pindang, resepi pindang mudah dan sedap, resepi singgang mudah dan sedap, singgang, pindang, pindang ikan tongkol, pindang ikan kayu, resepi pindang ikan kayu, cara masak pindang, menu orang pantang, resepi untuk orang pantang, ikan kayu mudah dan sedap, menu ikan kayu mudah dan sedap, bahan untuk masak pindang, bahan untuk masak singgang
Ikan Tongkol Masak Pindang


Ikan Tongkol Masak Pindang


Bahan

1 ekor ikan tongkol - dipotong dan di bersihkan 
1 biji bawang besar
2 batang serai - di ketuk
2 cm halia - di ketuk
2 cm lengkuas - di ketuk
4 biji cili padi - di ketuk
2 keping asam gelugor
1 biji tomato
garam secukupnya
750ml air


Caranya

Panaskan air. Masukkan semua bahan sehingga mendidih dan ikan masak sepenuhnya.

Rasa. 

Hidangkan bersama ikan goreng, sambal tumis petai ataupun sambal belacan dan ulam. 

Selamat mencuba!
Gulai Ikan Temenung ~ musim hujan ni ikan mahal-mahal belaka. Ikan temenung lemak pun RM18 sekilo. Ikan besar-besar lagilah. Nak makan beli la jugak.. 

Kebetulan dapat temenung lemak fresh, mommy terus terbayang keenakkan gulai ikan temenung. Gulai panas-panas, nasi panas, sambal belacan dan ulam. Peergghh ... Mau tambah 2,3 pinggan. 

Gulai ikan temenung lemak ni sedap juga kalau di makan dengan roti canai, peknga, roti arab dan roti. Mommy macam selalulah kalau siang buat gulai, malam makan ngan roti ja... Senang takyah nak pikiaq makan malam apa dah.

Resepi kari atau gulai ni mommy guna cara masak orang kedah. Kalau orang pulau pinang guna tomato untuk bagi rasa masam gulai tu.. Orang kedah guna asam jawa. Jadi rasa lemak dia lain sikit berbanding guna tomato.

Gulai Ikan Temenung Lemak


Kari ikan, ikan temenung, kari ikan temenung, gulai ikan, gulai ikan temenung, gulai ikan temenung lemak, kari ikan temenung lemak, resepi gulai ikan temenung lemak, resepi kari ikan temenung lemak, resepi mudah dan sedap ikan temenung, resepi mudah dab sedap ikan temenung lemak, ikan temenung lemak, temenung lemak, resepi kari mudah dan sedap,
Gulai ikan temenung lemak


Bahan

10 ekor ikan temenung lemak - dibersihkan dan di tos air.
5 sudu besar rempah kari ikan - di bancuh dengan air
RM2 santan
10 biji bendi
4 biji cili hijau
4 -5 cawan air
Minyak
Garam
Air asam jawa

Bahan tumis
1 sudu kecil halba campur
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2 tangkai daun kari

Caranya
Panaskan minyak. Masukkan bahan tumis sehingga wangi.

Tambah rempah kari yang telah di bancuh. Masak sehingga sedikit garing atau rempah berminyak. 

Masukkan santan, air, air asam jawa dan garam secukupnya. Biarkan sehingga mendidih.

Akhir sekali masukkan ikan, bendi dan cili hijau. Masak dengan api sederhana sehingga ikan masak.

Angkat dan hidangkan bersama nasi panas, sambal belacan dan ulam. Yummeh!

Selamat mencuba.




Semalam tak tahu nak makan apa. Nak keluar pergi beli pun tak tahu apa yang nak di belikan.. Nak makan beger kampung pun dah jemu.. Tiba-tiba dapat idea nak buat bihun sup siam letak fish ball, fish cake dan jejari ketam. Senang. Nak guna ayam, ayam keras beku. Nak tunggu ais cair, lambatlah nak masak dan makan. So, guna yang senang saja..

Alhamdulillah encik suami kata sedap. Yerlah bangga kita tau. Sebab ini kali pertama buat sup siam. Sup utara dan sup manis dah selalu buat. 

Versi mommy letak sayuran banyak-banyak. Sebab tengah mengamalkan pemakanan sihat. 


Bihun sup mudah dan sedap, resepi bihun sup, resepi bihun sup mudah dan sedap, bihun sup mudah dan sedap, bihun sup siam, bihun sup, bihun sup bebola ikan, bihun sup pick & mix, bihun, sup, sup siam
Bihun sup siam

Resepi Bihun Sup Mudah Dan Sedap


Bahan

1/2 bungkus bihun sup (4org makan)
Pick & mix 
1 ketul kiub ayam
2 biji tomato - di belah 4 atau 6
2 pokok sawi
2 helai kobis panjang
1 biji bawang besar - belah 6
1 batang kulit kayu manis
2 biji bunga cengkih
2 biji bunga lawang
2 sudu besar rempah sup 
2 sudu besar minyak
2 sudu besar air perahan limau nipis
1 liter air
Bawang goreng
Daun sup
3 biji telur ayam

Bahan kisar
2cm halia
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih

Caranya

Panaskan minyak. Tumis kulit kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang sehingga wangi.

Masukkan bahan kisar dan rempah sup. Biarkan sedikit garing.

Masukkan air, kiub ayam, garam dan tomato.  Biarkan sehingga mendidih.

Masukkan perahan air limau, bawang besar yang di belah 6, cili padi. Biarkan mendidih. 

Lepas itu, pecahkan telur. Setelah telur agak masak, masukkan pick & mix, sayuran dan bihun. Biarkan mendidih sehingga sayur masak sepenuhnya

Angkat dan hidangkan panas-panas.

Maveles u!






Ayam Masak Serai ~ Menu kesukaan mommy ni. Mommy suka lauk-lauk kering macam ni. Dedulu lauk macam ni hanya dapat di makan di rumah kenduri atau musim perayaan. Sedap. Menu ini selalu di makan bersama nasi minyak, nasi putih atau untuk cicah ketupat pulut. Hari sabtu lepas, mommy teringin sangat nak makan lauk ni... So, mommy pun masaklah. Ada resepi yang tak letak kulit kayu manis. Mommy suka letak sebab bau dia yang wangi dan beri rasa manis asli.. Okaylah di bawah adalah resepi ayam masak serai versi mommy. Gambar saja mommy tak sempat ambil... Pinjam gambar google ya!

ayam. ayam masak serai. ayam masak serai sedap, ayam masak serai mudah dan sedap, resepi ayam masak serai, resepi ayam masak serai mudah dan sedap, resepi ayam, resepi ayam mudah dan sedap, cara masak ayam masak serai, bahan-bahan untuk ayam masak serai, ayam serai, menu ayam, senangnya masak ayam, menu berbuka, menu sahur, menu berbuka kesukaan ramai, menu kesukaan anak-anak,
Ayam masak serai mudah dan sedap ( image dari google)

Resepi Ayam Masak Serai Mudah Dan Sedap


Bahan

1 ekor ayam - dipotong 16
6 batang serai - dititik sehingga pecah bawahnya
6 sudu besar cili kisar
2 keping asam keping
1 batang kulit kayu manis
Garam
Serbuk kunyit
minyak secukupnya

Bahan kisar
3 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
Sebesar ibu jari halia


Caranya

Ayam di lumur dengan garam dan kunyit dan digoreng separuh masak. Angkat ayam dan toskan minyaknya.

Tumiskan bahan yang telah dimesin, cili kisar, serai dan kulit kayu manis sehingga agak garing.

Masukkan ayam yang telah digoreng separuh masak tadi bersama asam keping dan goreng lagi sehingga serai kering.

Sekiranya serai belum cukup kering dan tidak naik minyak, ini menunjukkan bahawa ayam serai masih belum siap untuk di makan.

Angkatkan dan sedap dimakan dengan nasi putih panas.
Masak lemak cili padi telur puyuh ~ waaa dah tengahari. Kejap ja masa berlalu. Kol 8 pagi pergi beli ayam, bawang dan ubi kentang. Singgah beli breakfast sekali. Sampai umah dah kol 9.. Breakfast jap. Lepas breakfast pi sidai baju. Pastu siang ayam dan start masak. Masak pun yang simple ja - masak lemak cili padi telur puyuh. Geng ngan sayur dan ikan goreng garing. Meletops beb!

Telur puyuh, telur burung puyuh, menu telur burung puyuh, masakan padang, resepi mudah dan sedap telur puyuh, menu mudah telur puyuh, menu kesukaan anak, menu menu berbuka puasa, lauk sedap, menu sedap, masak lemak, resepi masak lemak sedap dan mudah, masak lemak cili padi




Resepi Telur Puyuh Masak Lemak Cili Padi


Bahan

30 biji telur puyuh - direbus dan di buang kulitnya.
RM 2 santan
4 biji ubi kentang - kupas dan di belah 4
Suhun - rendam
2 batang serai - di ketuk
Asam keping
2 helai daun kunyit - hiris nipis
Garam secukupnya


Bahan kisar
5 biji cili padi
2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 cm halia
1 cm lengkuas
1cm kunyit 

Caranya

Panaskan periuk. Masukkan bahan kisar sehingga mendidih.

Tambah ubi kentang, asam keping, serai dan garam secukupnya. Biarkan sehingga mendidh dan ubi masak sepenuhnya. Jika terlalu pekat, tambah 2 cawan air. 

Masukkan santan, telur puyuh. Biarkan sehingga mendidih. 

Akhir sekali masukkan suhun dan daun kunyit. Biarkan mendidih. 

Angkat dan hidangkan dengam nasi panas , ikan goreng dan sayur. 

Selamat mencuba!




Nasi Goreng Kampung Style ~ Mommy ni boleh di katakan hampir setiap hari buat nasi goreng. Tapi bukan nasi goreng yang sama setiap kali masak. Selalunya lain-lain dan mengikut apa lauk yang berbaki semalam. Jimat! hihi.. Okaylah hari ini mommy nak kongsikan nasi goreng kampung. Original kampung sebab ni resepi turun temurun dari arwah mak. Kami adik beradik 6 orang... Nak keluar ke kedai jauh. So, nak isi 6 perut anak-anak adalah dengan buat nasi goreng. Tambah-tambah lagi time hujan. Sedap oooo..

Kalau perasan dalam entry yang sebelum ini, mommy ada mention yang lauk lebihan semalam jangan di buang. Kalau nak simpan lama, letak kat tempat beku ja. haha.. Nak guna keluar dan panaskan. 

nasi, nasi goreng kampung, nasi goreng, resepi nasi goreng, resepi nasi goreng kampung, resepi nasi goreng mudah dan sedap, nasi goreng kampung mudah dan sedap, nasi goreng mudah dan sedap, cara buat nasi goreng, cara buat nasi goreng kampung, nasi goreng mak mak, nasi goreng sedap, bahan nasi goreng kampung,
nasi goreng kampung

nasi, nasi goreng kampung, nasi goreng, resepi nasi goreng, resepi nasi goreng kampung, resepi nasi goreng mudah dan sedap, nasi goreng kampung mudah dan sedap, nasi goreng mudah dan sedap, cara buat nasi goreng, cara buat nasi goreng kampung, nasi goreng mak mak, nasi goreng sedap, bahan nasi goreng kampung,
bekal ke opis


Nasi Goreng Kampung Mudah Dan Sedap

Bahan
Nasi - untuk 4-5 orang 
3 ekor Ikan sardin/ selayang yang telag di goreng - ambil isi saja dan tumbuk
3 sudu besar minyak
2 biji telur ayam - goreng hancur
garam secukupnya.

Bahan Tumbuk
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
3 biji cili padi
1 biji cili merah besar


Caranya

Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk sehingga wangi dan sedikit garing.

Masukkan ikan goreng yang telah di tumbuk. Gaul rata dan biarkan sehingga sedikit garing.

Masukkan nasi dan garam secukupnya. Gaul rata.

Sebelum angkat, masukkan telur hancur dan gaul rata.

Angkat dan hidangkan dengan kopi o panas. 

Sedap!



Selamat mencuba.




Sedapnya ikan cencaru belah belakang. Yang sebenarnya, mommy dah lama tak masak ikan cencaru. Satu bila nak beli, penjual taknak belah/siang siap-siap. Okay mommy ngaku yang mommy tak pandai nak belah belakang ikan cencaru. Kalau buat confirm herot dan tak cantik. Jadi, kalau nak makan memang akan cari yang penjual boleh belah. Kalau takdak memang tak akan beli..ngada-ngada tak mommy?

Ikan yang mommy dapat ni baru naik dari laut. Harga pun murah, 8 ekor sepuluh ringgit ja. 

Dah dapat, mommy akan buat ikan cencaru belah belakang letak sambal ataupun cencaru bakar saja. Menu ini saja yang anak2 makan. 

ikan cencaru, resepi ikan cencaru, resepi ikan cencaru mudah dan sedap, resepi ikan cencaru sedap, masak ikan cencaru, menu ikan cencaru, cara masak ikan cencaru, bahan untuk masak ikan cencaru belah belakang, bahan ikan cencaru belah belakang, sambal ikan cencaru belah belakang, resepi sambal ikan cencaru belah belakang, resepi mudah dan sedap.
ikan cencaru aka ikan jaket

Selalunya bila buat ikan cencaru brlah belakang, mommy gengkan dengan kari kepala ikan, ulaman dan juga sambal belacan, cabai picit atau budu.

ikan cencaru, resepi ikan cencaru, resepi ikan cencaru mudah dan sedap, resepi ikan cencaru sedap, masak ikan cencaru, menu ikan cencaru, cara masak ikan cencaru, bahan untuk masak ikan cencaru belah belakang, bahan ikan cencaru belah belakang, sambal ikan cencaru belah belakang, resepi sambal ikan cencaru belah belakang, resepi mudah dan sedap.
menu ikan cencaru mudah dan sedap

Resepi Ikan Cencaru Belah Belakang Mudah Dan Sedap


Bahan

8 ekor ikan cencaru - di belah belakang dan di bersihkan
2 biji bawang besar - di potong separa bulat.
Garam secukupnya
Gula secukupnya
Minyak secukupnya
Air asam jawa secukupnya

Bahan kisar
5 sudu cili kisar / 5-10 biji cili kering
I biji bawang besar 
3 ulas bawang putih

Caranya 

Garam kunyitkan ikan cencaru. Ketepikan.

Panaskan kuali. Masukkan 3 sudu besar minyak masak. Masukkan bahan kisar. 

Masak sehingga hampir kering. Tambah garam, gula dan asam secukup rasa.

Biarkan sehingga sambal menjadi agak kering. 

Tutup api. Masukkan bawang besar yang di potong separa bulat. Gaul rata. 

Sejukkan dalam bekas yang lain.

Setelah itu, masukkan sambal kedalam ikan menggunakan sudu. 

Panaskan minyak dan goreng ikan sehingga garing. 

Angkat dan hidangkan dengan nasi dan kari ikan serta ulaman.. Mabeles!


Kacang Botol ~ Hi & salam jumaat. Sedar tak sedar dah sampai penghujung hari bekerja dalam minggu ini. Hari ini mommy nak perkenalkan cara mommy menikmati kacang botol atau kacang kelisa. Mommy cuma nikmati kacang botol jika di buat dua menu ini iaitu goreng dan kerabu. Kalau di buat ulam, tekak mommy tak berapa nak boleh telan. hehe...

Hangpa makan kacang botol macam mana?

Kacang Botol Goreng Bercili, kacang botol, resepi kacang botol, menu kacang botol, kacang botol sedap, resepi kacang botol mudah dan sedap, kacang kelisa, resepi kacang kelisa, nama lain kacang kelisa, nama lain kacang botol, resepi kacang kelisa mudah dan sedap, kacang kelisa, ulam, sayur mudah dan sedap, kacang, resepi kacang botol, resepi kacang kelisa
Kacang botol

Di sini, mommy kongsikan resepi kacang botol goreng. Bila di buat goreng, rasa dia sedap macam kacang buncis gak. 



Kacang Botol Goreng Bercili, kacang botol, resepi kacang botol, menu kacang botol, kacang botol sedap, resepi kacang botol mudah dan sedap, kacang kelisa, resepi kacang kelisa, nama lain kacang kelisa, nama lain kacang botol, resepi kacang kelisa mudah dan sedap, kacang kelisa, ulam, sayur mudah dan sedap, kacang, resepi kacang botol, resepi kacang kelisa
Kacang Botol Goreng Bercili

Resepi Kacang Botol Goreng Bercili


Bahan

10 biji kacang botol - di potong menyerong dan tebal 0.5cm
2 sb minyak masak
1 biji telur ayam
garam secukupnya

Bahan tumbuk

1/2 ulas bawang besar
2 ulas bawang putih
1 biji cili padi
1 biji cili besar


Caranya

Panaskan minyak. Masukkan bahan tumbuk sehingga wangi. Tambahkan garam.

Masukkan telur dan kacau hancur sehingga sedikit garing.

Masukkan kacang botol. Gaul rata sehingga masak.

Angkat dan hidangkan bersama nasi panas serta lauk lain.


Sambal Telur Puyuh ~ Dah lama tak makan telur puyuh sebenarnya. Ada jual kat market sebenarnya tapi malas nak pusing-pusing cari. Kebetulan kawan satu opis dok tanya sapa nak telur puyuh, terus order 50 biji dengan dia. Hajat di hati nak buat sambal telur puyuh nak makan dengan nasi lemak tapi malas pula nak buat. Buat sambal telur puyuh untuk lunch tengahari saja. Geng dengan sup bayam dan ikan goreng. Sedap sampai rasa nak tambah nasik. Hihi

Mommy suka sambal telur puyuh versi pekat dan bersalut dengan telur. Baru sedap dan menjilat jari. 

Oklah. Kat sini mommy kongsikan resepi yang ringkas dan sedap ni. Rasa macam nak beli lagi minggu ni untuk di buat sambal nasi lemak pula. Harap2 ada lagi..

sambal telur puyuh, telur, sambal telur, telur puyuh sedap, sambal telur puyuh sedap, cara masak telur puyuh, resepi mudah dan,sedap telur puyuh, telur puyuh, menu berasaskan telur puyuh, Resepi Sambal Telur Puyuh, bahan sambal telur puyuh, mudahnya masak telur puyuh, sambal nasi lemak, menu sahur mudah dan sedap, menu berbuka mudah dan sedap,
Sambal telur puyuh

Resepi Sambal Telur Puyuh


Bahan

50 biji telur puyuh - di rebus dan di buang kulitnya
5 sb cili kisar
2 biji bawang besar - dikisar
5 ulas bawang putih -  dikisar
2 cm halia - dikisar
3 sb minyak masak
1 kpg asam gelugor
Garam secukupnya
Gula secukupnya



Caranya

Panaskan minyak. Tumis cili kisar sehingga sedikit garing. 

Masukkan bahan kisar.  Biarkan sehingga masak dan sambal menjadi pekat berminyak.

Masukkan asam keping, garam dan guka. Biarkan sehingga mendidih dan rasa garam, gula dan asam bersatu. Rasa

Masukkan telur burung puyuh. Kacau rata dan biarkan ia mendidih. 

Angkat dan hidangkan dengan nasi panas , ikan goreng serta sup sayur.

Selamat mencuba.





Nasi Goreng Sotong ~ mommy akui mommy tak serajin ibu-ibu yang lain. Selalunya mommy sediakan hidangan yang simple, mudah dan cepat. Bila balik kerja letih-letih, mommy tak kuasa nak masak. Masak ni pun ikut mood, kalau tak dak mood ke kedai sajalah kita. Selalunya, mommy akan tanya anak-anak apa yang depa nak makan. If nasi goreng, mommy akan tengok apa yang boleh di gunakan untuk membuat nasi goreng. So, semalam terjadilah nasi goreng sotong kegemaran semua. 

Hujan-hujan ni memang cepat lapar. Memang kenalah nasi goreng sotong panas-panas dengan teh o. Sedap sehingga tinggal bekas. Haha..

Nasi Goreng Sotong. nasi goreng, nasi, sotong, resepi nasi goreng sotong mudah dan sedap, nasi goreng mudah dan sedap, resepi nasi goreng sotong, resepi nasi goreng sedap, resepi nasi goreng sotong sedap, menu sotong, sotong, resepi masakan sotong, resepi sotong sedap, nasi goreng sedap, bahan-bahan nasi goreng sotong, bahan-bahan nasi goreng, cara buat nasi goreng sedap, cara buat nasi goreng sotong, resepi mudah dan sedap
Nasi Goreng Sotong


Resepi Nasi Goreng Sotong Mudah Dan Sedap

Bahan
Nasi 
2-3 ekor sotong- dipotong
1 ulas bawang merah kecil
1 ulas bawang putih
1-2 sudu besar sambal belacan
1 sudu besar sos tiram
1 biji telur - di buat telura hancur terlebih dahulu
Sayuran seperti sawi dan kobis 
Garam secukupnya.
Minyak
Daun bawang
Bawang Goreng


Cara:

Panaskan minyak, tumis bawang merah dan putih sehingga wangi. Masukkan sambal belacan dan masak seketika sambal tu. Selalunya sampai berminyak la..

Masukkan sotong dan sos tiram. Biar seketika sehingga sotong masak.

Akhir sekali, masukkan nasi, telur hancur, garam dan sayur. Gaul rata.

Siap. Hidangkan bersama daun bawang dan bawang goreng.


Tips:
Saya suka gaulkan garam dengan nasi terlebih dahulu. Ini adalah agar garam tersebut rata sebelum menggoreng.

Kambing Masak Merah ~ Yang ini special request oleh encik suami minta mommy buatkan masa hari raya korban tempohari . Kambing masak merah ini, mommy padankan dengan nasi beriani, ayam goreng berempah, dalca kaki ayam serta acar timun. 

Dulu mommy tak pandai masak kambing tapi setelah di beri tunjuk ajar oleh emak saudara suami, maka mommy pandailah sikit. Kambing masak merah ini kesukaan suami. Akak suka kambing kurma, kambing black pepper ja. Citarasa akak ngan encik suami berbeza tapi still boleh masuk tekak. Ada masa dia makan apa yang mommy suka dan ada masa mommy follow apa yang dia suka. Tiada paksaan dan larangan. 

Oh yer, hari tu ada terbaca kat page FB KRT. Suami tak makan pedas & isteri pun tak boleh makan pedas. Isteri masak asing untuknya yang agak pedas tapi si suami ambil dan basuh. Si isteri mengadu hilang nikmat makan. Yer, akak pun macam tu. Kalau tak pedas tu rasa kurang sikit. Kalau buat sup, mesti ada geng dengan sambal. Baru rasa nikmat makan tu. hihi

Korang yang baca kat sini, jangan di halang selera isteri atau suami. Kalau buat juga, memang makan hati berulam jantung dan minum air mata lah. Jangan yer!

kambing, resepi kambing, kambing masak merah, kambing masak merah mudah dan sedap, resepi kambing mudah dan sedap, kambing sedap dan mudah, menu kambing, kambing sedap, masakan kambing sedap, cara masak kambing masak merah, resepi,
kredit kpd mr google 

Di sini mommy kongsikan resepi ini agar korang boleh cuba. Warna saja merah tapi tak pedas pun...



RESEPI KAMBING MASAK MERAH

Resepi : Chef Hanieliza dari buku resepi 1 Hari 1 Resepi


Bahan A
500 gram daging kambing
1 sudu makan serbuk jintan manis
1 labu bawang besar (dimayang)
3 sudu makan minyak masak (MaDiHaA letak secukupnya)
Garam, serbuk perasa & sedikit gula jika suka

Bahan B
1 inci kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
3 tangkai daun kari
20 tangkai cili kering*
5 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
2 inci halia*
3 biji tomato*

kambing, resepi kambing, kambing masak merah, kambing masak merah mudah dan sedap, resepi kambing mudah dan sedap, kambing sedap dan mudah, menu kambing, kambing sedap, masakan kambing sedap, cara masak kambing masak merah, resepi,
kambing masak merah belum kering sepenuhnya


Caranya

Kisar bahan bertanda*.  Perapkan daging bersama serbuk jintan manis selama 1 jam.

Panaskan minyak dan tumiskan rempah tumis & daun kari sehingga wangi.  Masukkan bahan kisar & tumis sehingga naik minyak.

Masukkan daging yang diperap & kacau rata. Masukkan garam, serbuk perasa & sedikit gula.

Masak sehingga daging lembut & empuk. Masukkan bawang besar dan biar sehingga pecah minyak.

Sedia untuk dihidangkan.



Ayam Masak Bali Terlajak Kicap ~ Korang jangan gelak tau sebab mommy terlajak kicap. Terus ayam masak bali ni serupa ngan ayam masak kicap. nasib baik ada serai yang membezakan ayam bali dan ayam kicap. Walaupun terlebih kicap, rasa dia memang umphhh.. Habis di makan seisi keluarga. Boleh repeat lagi lain kali. 

Ayam Masak Bali, ayam masak bli viral, Ayam Masak Bali Terlajak Kicap, resepi ayam, resepi ayam kicap, resepi ayam masak bali, resepi mudah dan sedap ayam masak bali, resepi mudah dan sedap ayam bali, resepi ayam bali, mudahnya masak ayam, resepi kesukaan keluarga, resepi mudah dan sedap, resepi berbuka puasa, resepi iftar, menu bersahur, menu bersahur yang menyelerakan, menu sahur, menu iftar sedap dan mudah, menu sahur sedap dan mudah, ayam, chicken, chickeb recipe, ayam pedas manis, masakan ayam viral, ayam viral,resepi viral
ayam masak bali


Ayam Masak Bali


BAHAN - BAHANNYA 

1/2 ekor ayam saiz sederhana, potong ikut suka, cuci bersih dan toskan*
1 camca teh penuh kunyit serbuk*
3/4 camca teh garam*(*disatukan, gaul rata dan perap sekejap)
6 batang serai, diketuk
4 pelepah daun kari
1 camca besar kicap lemak manis JALEN
1/3 cawan cili kisar
1 camca besar rata gula (atau secukup rasa)
Garam secukup rasa
1/2 cawan air
BAHAN - BAHAN KISAR HALUS :-)
4 biji bawang besar
8 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci belacan

Ayam Masak Bali, ayam masak bli viral, Ayam Masak Bali Terlajak Kicap, resepi ayam, resepi ayam kicap, resepi ayam masak bali, resepi mudah dan sedap ayam masak bali, resepi mudah dan sedap ayam bali, resepi ayam bali, mudahnya masak ayam, resepi kesukaan keluarga, resepi mudah dan sedap, resepi berbuka puasa, resepi iftar, menu bersahur, menu bersahur yang menyelerakan, menu sahur, menu iftar sedap dan mudah, menu sahur sedap dan mudah, ayam, chicken, chickeb recipe, ayam pedas manis, masakan ayam viral, ayam viral,resepi viral
tumis serai terlebih dahulu...

CARA MEMBUATNYA 

Goreng ayam tadi hingga hingga masak atau sedikit garing. Angkat dan toskan minyak.

Dalam kuali yang sama, cedok keluar minyak dan tinggalkan kurang lebih 1/4 cawan minya. Tumis serai hingga harum, masukkan daun kari dan masak sekejap. Tambah bahan2 kisar halus dan cili kisar. Kacau rata, masak hingga garing dan naik minyak.

Masukkan gula dan garam secukup rasa. Tambah ayam, gaul rata dan tuang air. Masak hingga pekat. Kacau sekali sekala. Akhir sekali masukkan kicap lemak manis, gaul rata dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. 

Hidangkan bersama nasi panas dan lauk2 lain....Selamat mencuba!



Ayam Masak Bali, ayam masak bli viral, Ayam Masak Bali Terlajak Kicap, resepi ayam, resepi ayam kicap, resepi ayam masak bali, resepi mudah dan sedap ayam masak bali, resepi mudah dan sedap ayam bali, resepi ayam bali, mudahnya masak ayam, resepi kesukaan keluarga, resepi mudah dan sedap, resepi berbuka puasa, resepi iftar, menu bersahur, menu bersahur yang menyelerakan, menu sahur, menu iftar sedap dan mudah, menu sahur sedap dan mudah, ayam, chicken, chickeb recipe, ayam pedas manis, masakan ayam viral, ayam viral,resepi viral
set makan tengahari lengkap mommy. semua berasakan ayam.. kahkah



Newer Posts
Older Posts

Selamat Datang


Pemilik Blog
Dapur Cahaya Hayati

Cahaya Hayati, pemilik blog. Suka berkongsi resepi menarik terutama menu masakan tradisional.


Ketahui lagi..



Jom Berkenalan

Labels

Ayam Udang daging ikan kambing kek kuih masakan kampung mee nasi resepi roti sambal sayur seafood sotong sup western

Arkib Blog

  • ►  2021 (3)
    • ►  Julai (1)
    • ►  Jun (2)
  • ►  2020 (19)
    • ►  Julai (1)
    • ►  Jun (3)
    • ►  Mei (3)
    • ►  April (6)
    • ►  Mac (4)
    • ►  Februari (1)
    • ►  Januari (1)
  • ►  2019 (15)
    • ►  Oktober (4)
    • ►  September (1)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (3)
    • ►  Mei (3)
  • ►  2018 (34)
    • ►  November (2)
    • ►  Oktober (3)
    • ►  September (3)
    • ►  Ogos (5)
    • ►  Jun (1)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (4)
    • ►  Februari (1)
    • ►  Januari (9)
  • ▼  2017 (61)
    • ▼  Disember (1)
      • Ikan Kembung Masak Kicap Pedas Masam Manis
    • ►  November (3)
      • Spaghetti Carbonara Seafood
      • Bawal Goreng Cili Kicap
      • Sambal Petai Udang Mudah Dan Sedap
    • ►  Oktober (10)
      • Cucur Jagung Lembut Dan sedap
      • Fried Angel Hair
      • Ikan Tongkol Masak Pindang
      • Gulai Ikan Temenung Lemak
      • Bihun Sup Mudah Dan Sedap
      • Resepi Ayam Masak Serai Mudah Dan Sedap
      • Masak Lemak Cili Padi Telur Puyuh
      • Nasi Goreng Kampung Style
      • Sedapnya Ikan Cencaru Belah Belakang
      • Kacang Botol Goreng Bercili
    • ►  September (6)
      • Sambal Telur Puyuh
      • Nasi Goreng Sotong
      • Kambing Masak Merah
      • Ayam Masak Bali Terlajak Kicap
    • ►  Ogos (4)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Jun (5)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (3)
    • ►  Februari (12)
    • ►  Januari (8)
  • ►  2016 (18)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (9)
    • ►  Oktober (5)
    • ►  Mei (1)
    • ►  Januari (1)
  • ►  2015 (6)
    • ►  November (6)

Created with by BeautyTemplates | Distributed by blogger templates