facebook twitter instagram
  • Dapur | Home
  • Aneka Resepi
    • Daging
    • Ayam
    • Ikan
    • Makanan Laut
    • Sup
    • Sayur
    • Kuih-Muih
    • Roti
    • Kek
  • Masakan Kampung
  • Western
  • Penafian
  • Hubungi

Dapur Cahaya Hayati

Kacang Buncis Goreng Dengan Tauhu. CH ni selalu fail bila bab sayur sebab CH ni bukanlah penggemar sayur sangat. Tapi bila masak lauk tanpa menu sayur rasa tak lengkap pula. Nak tak nak kena ada juga menu sayur sebagai pelengkap hidangan dan bila ada CH akan makan juga. Kiranya macam paksaan untuk diri sendiri juga la. Hahaha... Menu yang CH suka masak adalah kacang buncis goreng dengan tauhu. Simple tapi sedap. 

Kacang Buncis Goreng Dengan Tauhu, resipi kacang buncis mudah dan sedap, resipi tauhu mudah dan sedap, kacang buncis, tauhu. tokua, menu tauhu, buncis
Kacang Buncis Goreng Dengan Tauhu

Khasiat Kacang Buncis Dalam Diet

Kacang buncis dikenali dengan nama saintifiknya Phaseolus Vulgaris dan berasal dari Amerika Tengah dan Amerika Selatan. Kacang buncis merupakan sejenis sayur kekacang yang rendah kalori tetapi mempunyai pelbagai khasiat seperti protein, vitamin A, C, K, serat dan asid folik.

Kacang buncis sangat sesuai diamalkan oleh pesakit diabetis dan darah tinggi kerana kandungan proteinnya boleh membantu mengawal kandungan gula di dalam darah dan menstabilkan tekanan darah. 

Kacang buncis sesuai diamalkan oleh anda yang sedang berdiet kerana 1 cawan kacang buncis hanya mengandungi 31 kalori dan 3.6 gram gula. Kacang ini tidak langsung mengandungi lemak. 

Manakala 1 cawan kacang buncis yang sudah dimasak mempunyai 4.0 g serat dan beberapa serat larut. Kandungan serat larut boleh membantu menurunkan kadar kolesterol dan menurunkan tekanan darah sekaligus  meningkatkan kesihatan jantung.

Tak sangka, banyak kebaikkan kacang buncis. Jom kita amalkan makan kacang buncis untuk turunkan tekanan darah dan lain-lain lagi. 

Kacang Buncis Goreng Dengan Tauhu, resipi kacang buncis mudah dan sedap, resipi tauhu mudah dan sedap, kacang buncis, tauhu. tokua, menu tauhu, buncis
Kacang Buncis Goreng Dengan Tauhu

Kacang Buncis Goreng Dengan Tauhu

Bahan:

10 batang kacang buncis - dibersihkan dan dipotong serong 2cm
2 keping tauhu - dipotong 2, digoreng garing, disejukkan dan dipotong sederhana nipis
1/2 biji bawang besar - dipotong separa bulat
1 ulas bawang putih - diracik
1 biji cili merah besar
garam secukupnya
minyak untuk menumis

Caranya:

Panaskan minyak. Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga wangi.

Masukkan kacang buncis cili dan garam secukupnya. Gaul rata sehingga kacang separa masak.

Tambah tauhu yang telah siap di potong. Gaul rata sehingga kacang buncis masak sepenuhnya. 

Angkat dan hidangkan dengan menu yang lain. 

Ketam Masak Lemak Cili Padi Mudah Dan Sedap. Hari ahad baru ni, CH telah ke pasar borong Kulim untuk membeli barang basah seperti ikan, udang, sotong dan lain-lain bahan untuk memasak. CH jarang ke pasar borong kerana susah untuk mendapat parking tapi bila ke pasar borong memang enjoy membeli barang basah kerana harganya yang lebih murah dan segar. Bila lain-lain barang basah dapat dengan harga yang murah, maka ada lah lebihan budget untuk barang basah. Lebihan tu CH cadang untuk beli ketam sebab dah lama CH tak membeli ketam kerana harga dia yang agak mencekik darah iaitu sekilo RM38 hingga RM40. Ini harga yang CH dapat ketika bertanya di pasar harian dan kedai runcit dalam taman perumahan CH. Manakala harga ketam di pasar borong adalah dari harga RM23 sehingga RM28 mengikut saiz. CH pilih yang sedang-sedang saja. 6 ekor ketam dapatlah sekilo lebih dan harganya tak sampai RM30 pun.. Masa beli ketam ni, CH memang bercadang nak masak lemak cili padi mudah dan sedap kegemaran CH sekeluarga. 

Ketam Masak Lemak Cili Padi Mudah Dan Sedap, ketam, resipi ketam mudah dan sedap, resepi ketam sedap, ketam masak lemak tanpa daun kunyit, ketam masak lemak nenas,masak lemak cili api ketam, ketam masak lemak cili padi utara, ketam masak lemak terung, gulai ketam, sedapnya ketam masak lemak, cara masak lemak ketam, bahan untuk masak lemak ketam
Ketam Masak Lemak Cili Padi Mudah Dan Sedap

Masak lemak ketam yang CH masak semalam ni ringkas saja sebab hanya guna bahan yang ada kat rumah tiada daun kunyit. Kalau ada lagi sedap. Guna terung untuk gantikan nenas. Kalau dapat nenas memang lagi sedap tapi malas ke kedai punyai pasal, kita guna saja apa yang ada kat rumah. hihi...  

Ketam Masak Lemak Cili Padi Mudah Dan Sedap, ketam, resipi ketam mudah dan sedap, resepi ketam sedap, ketam masak lemak tanpa daun kunyit, ketam masak lemak nenas,masak lemak cili api ketam, ketam masak lemak cili padi utara, ketam masak lemak terung, gulai ketam, sedapnya ketam masak lemak, cara masak lemak ketam, bahan untuk masak lemak ketam
Masak Lemak Cili Padi Ketam

Resipi Ketam Masak Lemak Cili Padi Mudah Dan Sedap

Bahan:

3 ekor ketam - disiang, dibersihkan, ditos dan di potong 2
RM2 santan
1 biji terung bulat - dibelah 6
1-2 keping asam gelugor / keping
2cawan air
garam secukupnya

Bahan kisar:

6 biji cili padi ( boleh tambah jika suka extra pedas)
1 biji bawang besar
1cm halia
1cm lengkuas
1 batang serai
2cm kunyit 

Caranya: 

Masukkan bahan kisar dan asam keping dalam periuk atau kuali. Masak sehingga mendidih dan biarkan ia mendidih selama 5 minit. 

Tambah air. Biarkan sehingga ia mendidih lagi. 

Masukkan ketam dan biarkan ketam separuh masak/ mendidih lagin sekali.

Masukkan santan, terung dan garam secukupnya. Kacau dengan kerap untuk memastikan santan tak pecah atau menjadi kepala sehingga terung dan ketam masak sepenuhnya. 

Angkat dan hidangkan dengan nasi dan lauk pauk yang lain. 

Notes: CH guna bawang untuk memekatkan kuah. Lagipun resipi masak lemak utara memang menggunakan bawang bagi mengurangkan penggunaan santan yang banyak.

Selamat mencuba uolls!

Resipi Donut Mudah, Sedap, Gebu Dan Confirm Jadi. Sejak bekerja dari rumah ni, macam-macam resipi yang CH cuba. Dari tak tahu, buat tak jadi, sampailah pandai dan menjadi. Termasuklah donut walaupun ramai yang kata senang ja buat donut. Itu bukan CH sebab bila CH buat asyik tak jadi macam yang jual kat kedai. Alhamdulillah hasil google CH jumpa jugak resipi donut mudah, sedap, gebu dan confirm jadi. 

Jadi, CH kongsi di sini supaya senang nak cari balik bila nak buat. Bila sekali sekala saja buat, jangan haraplah boleh ingat resepi. Jadi, CH mudahkan dengan simpan di sini... 

Resipi Donut Mudah, Sedap, Gebu Dan Confirm Jadi, Resepi Donut Tanpa Uli, donut mudah dan sedap, cara mudah buat donut, resipi donut mudah dan sedap
Resipi Donut Mudah, Sedap, Gebu Dan Confirm Jadi

Resipi Donut Mudah, Sedap, Gebu Dan Confirm Jadi

BAHAN-BAHAN

1 paket yis
2 sudu susu pekat
1 cawan air suam
2 sudu gula
4 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
2 sudu marjerin
1 sudu teh garam

CARA-CARA

Ini pula adalah langkah membuatnya.

1. Satukan Bahan Basah

Mula-mula, masukkan semua bahan basah iaitu air suam, yis, susu, dan gula ke dalam sebuah bekas.
Tunggu sehingga kembang. Sementara nak kembang boleh buat bahan kering.

2. Satukan Bahan Kering

Di dalam sebuah bekas yang lain, satukan pula bahan kering iaitu merjerin, tepung, garam, dan baking powder. Ramas hingga sebati.

3. Campurkan Bahan Kering & Bahan Basah

Kemudian masukkan bancuhan bahan basah (yis yang telah kembang) dalam bancuhan bahan kering (tepung). Gaul rata dan tutupkan adunan. CH tutup dengan tudung periuk saja.

4. Tunggu 1 Jam

Biarkan adunan tadi selama 1 jam. Lepas 1 jam, tengok adunan dah naik dua kali ganda. Sekarang dah bolehlah canai dan terap.

5. Bentukkan Donut

Terapkan comel-comel. CH tiada acuan donut yang khas jadi kita guna apa saja. So, CH guna gelas untuk terap dan buat bulat tengah dengan jari. 

Resipi Donut Mudah, Sedap, Gebu Dan Confirm Jadi, Resepi Donut Tanpa Uli, donut mudah dan sedap, cara mudah buat donut, resipi donut mudah dan sedap
kakak Aisya tolong terapkan

Inilah rupa donut yang belum di goreng. 

Resipi Donut Mudah, Sedap, Gebu Dan Confirm Jadi, Resepi Donut Tanpa Uli, donut mudah dan sedap, cara mudah buat donut, resipi donut mudah dan sedap
rupa donut sebelum di goreng

6. Gorengkan

Bila dah siap, gorengkan dalam minyak panas. Bila dah sedikit garing, angkat, toskan minyak dan gaul dengan gula halus. Sedia untuk di makan. 

Resipi Donut Mudah, Sedap, Gebu Dan Confirm Jadi, Resepi Donut Tanpa Uli, donut mudah dan sedap, cara mudah buat donut, resipi donut mudah dan sedap
donut comel sedia di makan

Oh yer, adunan ini juga boleh dibuat burger malaysia. CH guna Untuk adunan ini CH bahagi dua doh tersebut. Separuh untuk donut dan separuh lagi untuk burger malaysia yang berintikan ikan bilis. 

Inilah rupa Burger Malaysia yang telah siap digoreng. 

Resipi Donut Mudah, Sedap, Gebu Dan Confirm Jadi, Resepi Donut Tanpa Uli, donut mudah dan sedap, cara mudah buat donut, resipi donut mudah dan sedap
Burger Malaysia

Bila dah sejuk, belah 2 tapi jangan putuskan. Isikan dengan sambal ikan bilis... 

Resipi Donut Mudah, Sedap, Gebu Dan Confirm Jadi, Resepi Donut Tanpa Uli, donut mudah dan sedap, cara mudah buat donut, resipi donut mudah dan sedap
burger malaysia sambal ikan bilis

Seronoknya buat burger Malaysia ini kerana boleh letak ikan bilis banyak-banyak. Lagi banyak lagi sedap. Tak sedar dah makan lebih dari 3 biji... 

Resipi Donut Mudah, Sedap, Gebu Dan Confirm Jadi, Resepi Donut Tanpa Uli, donut mudah dan sedap, cara mudah buat donut, resipi donut mudah dan sedap

Selamat mencuba uolls!
Ikan Tenggiri Masak Kicap Halia. CH pernah makan masak kicap yang kuahnya cair, ada rasa halia yang kuat dan sedikit rasa asam. Menu ini di masak oleh mak saudara CH yang mengusahakan kantin sekolah. Menu macam ni jarang CH jumpa di kedai atau restoran yang menjual nasi lauk. Disebabkan CH teringin nak makan menu macam tu, CH cuba masak ikut apa yang CH pernah rasa. Tak tahu la kalau ada resipi yang tersendiri atau lain. So, terjadilah menu ikan tenggiri masak kicap halia versi CH.

Ikan Tenggiri Masak Kicap Halia, resipi ikan tenggiri, resipi mudah ikan tenggiri, resipi ikan tenggiri mudah dan sedap, ikan masak kicap, resipi ikan mudah dan sedap, mudahnya masak ikan, ikan masak kicap paling sedap, sedapnya ikan masak kicap, resipi ikan, ikan tenggiri, resepi ikan mudah dan sedap, resepi ikan masak kicap, ikan masak kicap mudah dan sedap, sedapnya ikan tenggiri
Ikan Tenggiri Masak Kicap Halia

Menu seperti ini tak perlu lauk lain dah sebagai pelengkap, cukup dengan hanya menambah sayur tumis taugeh yang dicampur dengan udang, tauhu ataupun fishball. 

Ikan Tenggiri Masak Kicap Halia, resipi ikan tenggiri, resipi mudah ikan tenggiri, resipi ikan tenggiri mudah dan sedap, ikan masak kicap, resipi ikan mudah dan sedap, mudahnya masak ikan, ikan masak kicap paling sedap, sedapnya ikan masak kicap, resipi ikan, ikan tenggiri, resepi ikan mudah dan sedap, resepi ikan masak kicap, ikan masak kicap mudah dan sedap, sedapnya ikan tenggiri
Ikan Tenggiri Masak Kicap Halia

Ikan Tenggiri Masak Kicap Halia

Bahan:

4-6 ketul isi ikan tenggiri - digaram kunyit dan digoreng separa garing

1 biji bawang besar - dipotong separa bulat
6 ulas bawang putih - dipotong nipis 
2 cm halia - dihiris nipis dan memanjang
3 biji cili padi - dibelah 2
2sb sos tiram
2sb kicap pekat manis
1/2 sk lada sulah
1 pokok daun bawang
sedikit minyak untuk menumis
2 cawan air

Caranya:

Panaskan minyak. Masukkan bahan yang dihiris, cili padi sehingga wangi.

Masukkan air dan biarkan sehingga mendidih.

Masukkan ikan, sos tiram, kicap dan lada sulah. Biarkan sehingga mendidih dalam 5 minit dengan api yang kecil supaya semua rasa bersatu. 

Sebelum angkat, tabur daun bawang yang di potong. 

Hidangkan ketika panas dengan nasi panas serta sayur kegemaran. 

Selamat mencuba uolls!

Puding Caramel Tanpa Telur Tanpa Kukus. Ini kali pertama CH cuba buat puding karamel tanpa telur sebab selalu nampak dalam timeline FB. Nak tahu jugaklah rasa dia macam mana.. Rupanya sedap dan mudah nak buat juga. Tak perlu nak double boil atau kukus. So, nanti boleh la buat lagi puding karamel tanpa telur tanpa kukus ni..

CH dan anak perempuan CH memang suka sangat dengan puding dan manisan yang sejuk. Buat banyak pun sat saja habis. Tak la rugi kalau buat sendiri pun..

Puding Caramel Tanpa Telur, puding caramel, puding karamel, puding karamel mudah dan sedap, puding karamel mudah masak dan sedap, sedapnya puding caramel, sedapnya puding karamel, cara buat puding karamel, cara buat karamel, cara masak karamel, mudahnya buat caramel,caramel, agar-agar mudah masak dan sedap, resipi puding, resipi puding mudah masak dan sedap, resipi puding karamel mudah masak dan sedap, resepi puding karamel mudah masak dan sedap,
Resipi Puding Caramel Tanpa Telur Tanpa Kukus

Puding Caramel Tanpa Telur

Puding Caramel 

Puding Caramel Tanpa Telur

Bahan Gula karamel :

1/4 cwn gula (perangkan)
3sudu bsr air (masukkan sikit demi sedikit setelah gula perang)

Caranya:

Masukkan gula dalam kuali dan masak dengan api sederhana sehingga gula cair keperangan. Pastikan anda sentiasa kacau.

Bila gula dah cair sudah berwarna perang, tutup api dan tuang air panas sikit demi sedikit.

Buka api dan masak lagi sehingga gula larut sepenuhnya.

Tutup api dan biarkan gula sejuk seketika sebelum dimasukkan ke dalam bekas yang sesuai.

Bahan Puding :

1peket agar2 (20g)
1 bungkus air - sukat menggunakan peket agar-agar
1 tin susu cair
1/2cwn susu pekat
1/2cwn gula (boleh kurangkan atau lebihkan)
3sudu bsr tepung kastard
1st esen vanila

Caranya:

Masukkan agar-agar dan air dalam periuk yang sesuai. Masak sehingga agar-agar larut sepenuhnya.

Setelah agar-agar larut, masukkan susu cair, gula, susu pekat, tepung custard dan essen vanilla. Kacau sebati dan biarkan sehingga mendidih. Biarkan ia mendidih lama sedikit.

Tutup api, bahan puding dalam bekas yang mengandungi keramel.

Biarkan sejuk seblum masuk ke dalam peti sejuk.

Hidang ketika masih sejuk.

Selamat mencuba uolls!
Sotong Goreng Kunyit Campur Buncis. CH suka sangat dengan menu simple dan senang masak tapi sedap ni bila makan dengan nasi panas. Takdak lauk lain pun takpa dah. Tambah-tambah lagi bila sahur. Nak makan banyak mana saja tapi suka yang baru masak dan panas-panas. Korang macam mana? Sebab itulah CH suka masak resipi yang mudah masak dan sedap seperti Sotong Goreng Kunyit Campur Buncis. 

Lauk seperti Sotong Goreng Kunyit Campur Buncis ni merupakan lauk dua dalam satu sebab ada lauk dan ada sayur. Sebab itulah ia tak perlu lauk lain dah.. Selalunya CH masak sotong seperti ini untuk di makan dengan ikan goreng panas cicah sambal kicap bawang cili padi perah limau. Ya Allah sambil taip entry ni boleh terbayang dan tertelan air liur. Haru sungguh!

Okaylah sharing entry ni mungkin untuk tambah idea korang nak masak apa petang ni. CH baru lepas masak bubur lambuk daging dan kengsom. Sat lagi nak goreng ikan dan sotong goreng tepung pula. Kuih? Tengok tahap kerajinan CH. kalau rajin buat, kalau tak satgi suruh suami pi beli dekat kedai dalam taman ni. Hihi.

Sotong Goreng Kunyit Campur Buncis, sotong, resipi sotong, resepi sotong, sotong goreng kunyit mudah masak dan sedap, sotong goreng kunyit mudah dan sedap, resepi sotong goreng kunyit, resepi mudah masak sotong, resipi sotong goreng kunyit, cara masak sotong goreng kunyit, langkah demi langkah masak sotong goreng kunyit, menu sotong mudah masak dan sedap, menu mudah masak juadah iftar, menu berbuka puasa yang menyelerakan, menu berbuka puasa, menu sahur paling sedap, menu sahur yang sedap, resepi sotong untuk berbuka, resipi sotong untuk sahur, sotong sedap, resipi sotong paling sedap, kacang buncis, cara masak sotong sama kacang buncis, menu ringkas tapi sedap
Sotong Goreng Kunyit Campur Buncis

Sotong Goreng Kunyit Campur Buncis

Bahan:

4-6 ekor sotong saiz besar - dipotong bulat dan digaul dengan garam kunyit
10 biji kacang buncis - dibersihkan dan dipotong serong
1 biji bawang besar - di potong separa bulat
2 ulas bawang putih
1 biji cili merah besar- dipotong serong setebal 1cm
3 biji cili padi - di belah
2 cm halia - dihiris nipis dan memanjang
sedikit air asam jawa
minyak secukupnya

Caranya:

Panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih dan halia sehingga berbau wangi.

Masukkan sotong. Gaul rata dan biarkan sehingga sotong masak sepenuhnya. Jangan lama sangat sebab bila masak lama, sotong akan menjadi liat dan keras. Tak sedap.

Tambah asam jawa suku sudu kecil ( CH guna asam jawa adabi).

Masukkan kacang buncis, cili besar dan cili padi. Gaul rata.

Tutup api bila kacang buncis menjadi sedikit layu atau warna kacang buncis telah bertukar.

Angkat dan hidangkan ketika lauk masih panas.

Selamat mencuba uolls!

Resipi nasi goreng cabai kering. Assalamualaikum wbt. Dah banyak hari tak update padahal hari-hari buka blog. Mood untuk update blog takde pastu jeles tengok income adsense orang lain banyak dan tiap-tiap bulan boleh cash out. CH ni setahun sekali saja cash out adsense. Tahun ni tak tau sempat atau tak.. harap2 sempatlah. Boleh la buat beli handbag baru untuk tahun 2021. Aaaa giteww.. Nampak tak dia punya berangan bukan main.. Berangan tu free ja. So, tak salah berangan sebab ia boleh jadi kenyataan. Oh yer, macam mana dengan sahur korang? Berselera tak? CH kurang sikit sebab dari dulu lagi jenis tak sahur tapi bila ada anak-anak ni gagahkan diri juga untuk sahur. Menu sahur pun simple saja macam nasi goreng, ayam masak kicap, telur kicap, ikan bilis dan lain-lain. Antara nasi goreng yang CH dah masak pada bulan Ramadan ini adalah nasi goreng cabai kering. Kegemaran CH ni...

Nasi goreng cabai kering ada banyak versi tapi yang ini memang CH suka dan sangat kena dengan selera CH. Mungkin sebab rasa dan bau cabai kering yang garing. Memang sangat menyelerakan. 

Sebab ia sedap di tekak CH, CH kongsi resipinya dengan korang....

Resipi nasi goreng cabai kering, nasi goreng cabai kering, nasi goreng mudah dan sedap, nasi goreng cabai kering  mudah dan sedap, sedapnya nasi goreng cabai kering, cabai kering, resipi nasi goreng mudah masak dan sedap, resipi nasi goreng viral, resipi nasi sejuk, resipi nasi mudah dan sedap, nasi goreng, nasi goreng mudah masak, nasi goreng kampung style, resipi nasi goreng untuk sahur, menu sahur, menu sahur yang menyelerakan, menu sahur paling sedap, menu sahur , nasi goreng untuk sahur
Nasi goreng cabai kering

Resipi Nasi Goreng Cabai Kering

Bahan:

Nasi sejuk (leftover semalam punya)

Ikan goreng - dibuangkan tulang dan ditumbuk. Boleh diganti dengan ikan bilis

3 biji cili kering - dipotong 1cm dan direndam dengan air panas

1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
Minyak secukupnya
Garam secukupnya

Caranya:

Tumbuk cili kering, bawang putih dan bawang besar sehingga lumat tapi sedikit kasar. 

Panaskan minyak, tumis cabai kering, bawang putih dan bawang besar sehingga wangi dan sedikit garing.

Masukkan ikan. Gaul rata dan biarkan ikan sedikit garing. 

Masukkan garam secukupnya. Gaul rata.

Tolak bahan tumis ke tepi dan masukkan telur. Hancurkan telur dan gaul rata. 

Masukkan nasi. Gaul rata sehingga semua bahan bersatu dengan nasi. Biarkan nasi goreng lama diatas api api agar nasi menjadi sedikit garing dan lebih sedap. 

Angkat dan hidangkan ketika masih panas. 

Popia Isi Ketam Menu Berbuka Puasa Yang Mudah Dan Sedap. Popia goreng adalah antara menu yang wajib dibeli. Tapi disebabkan PKP ni, kita buat sendiri. Lebih sedap dan lebih banyak inti. Bukan popia angin ya tapi popia goreng isi ketam. Nak lagi sedap, boleh letak cheese. Yummy!

Cara penyediaan popia ni pun mudah sangat. Sebab kulit popia tu boleh beli kat pasaraya. Satu bungkus ada 50 keping. So, boleh la guna untuk buat popia, samosa, murtabak dan lain-lain lagi. CH suka buat banyak-banyak sebab boleh frozenkan. Jadi, bila-bila hari yang teringin, CH hanya keluarkan untuk goreng. Kalau untuk sebulan tu, boleh la 3, 4 kali goreng. Jimat pun jimat. 

Popia Goreng Isi Ketam Menu Berbuka Puasa Yang Mudah Dan Sedap, popia ketam, popia ketam mudah dan sedap, popia mudah dan sedap, popia isi ketam, popia isi ketam mudah dan sedap, mudahnya buat popia, sedapnya popia goreng isi ketam, popia mudah disediakan, menu berbuka yang sedap, menu berbuka paling disukai anak-anak, menu kegemaran anak-anak, menu iftar kegemaran anak-anak, resepi popia ketam mudah, popia isi ketam frozen, cara buat popia,
Popia Goreng Isi Ketam Menu Berbuka Puasa Yang Mudah Dan Sedap 

Popia Goreng Isi Ketam Menu Berbuka Puasa Yang Mudah Dan Sedap 

Bahan Inti:

Isi ketam - potong serong dan 0.5cm tebal
 1/2 biji sengkuang - kupas, bersihkan dan diparut halus memanjang
1/2 batang carrot - kupas, bersihkan dan diparut memanjang
Maggi Cukup Rasa secukupnya

Caranya:

Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan isi ketam dan biarkan sebentar. 

Masukkan sengkuang dan carot. 

Tambah Maggi Cukup Rasa secukupnya. CH guna dalam 3 sudu kecil saja. 

Gaul rata dan biarkan inti menjadi layu dan sedikit lembut. 

Tutup api dan masukkan ke dalam bekas serta dibiarkan sejuk. 

Popia Goreng Isi Ketam Menu Berbuka Puasa Yang Mudah Dan Sedap, popia ketam, popia ketam mudah dan sedap, popia mudah dan sedap, popia isi ketam, popia isi ketam mudah dan sedap, mudahnya buat popia, sedapnya popia goreng isi ketam, popia mudah disediakan, menu berbuka yang sedap, menu berbuka paling disukai anak-anak, menu kegemaran anak-anak, menu iftar kegemaran anak-anak, resepi popia ketam mudah, popia isi ketam frozen, cara buat popia,
inti popia

Bila inti dah sejuk, bolehlah mula buat popia. CH tiada tempat khas untuk buat popia. Jadi CH guna tudung periuk yang besar untuk menggulung popia. Time-time PKP ni semua jadi kreatif dan serba boleh. hahaha..

Untuk gam pula, CH guna air saja. Boleh juga guna telur putih... 

Popia Goreng Isi Ketam Menu Berbuka Puasa Yang Mudah Dan Sedap, popia ketam, popia ketam mudah dan sedap, popia mudah dan sedap, popia isi ketam, popia isi ketam mudah dan sedap, mudahnya buat popia, sedapnya popia goreng isi ketam, popia mudah disediakan, menu berbuka yang sedap, menu berbuka paling disukai anak-anak, menu kegemaran anak-anak, menu iftar kegemaran anak-anak, resepi popia ketam mudah, popia isi ketam frozen, cara buat popia,

Untuk menggulung popia pula, korang letak inti dipenjuru seperti gambar di atas.

Popia Goreng Isi Ketam Menu Berbuka Puasa Yang Mudah Dan Sedap, popia ketam, popia ketam mudah dan sedap, popia mudah dan sedap, popia isi ketam, popia isi ketam mudah dan sedap, mudahnya buat popia, sedapnya popia goreng isi ketam, popia mudah disediakan, menu berbuka yang sedap, menu berbuka paling disukai anak-anak, menu kegemaran anak-anak, menu iftar kegemaran anak-anak, resepi popia ketam mudah, popia isi ketam frozen, cara buat popia,

Gulung 2 kali untuk padatkan inti dan lipat kiri kanan. Selepas lipat, gulung lagi sehingga hujung kulit popia. Di hujung kulit popia tu, letak air untuk lembutkan kulit popia dan supaya ia melekat dengan baik. 

Ulang langkah diatas sehingga habis inti yang korang buat. 

Popia Goreng Isi Ketam Menu Berbuka Puasa Yang Mudah Dan Sedap, popia ketam, popia ketam mudah dan sedap, popia mudah dan sedap, popia isi ketam, popia isi ketam mudah dan sedap, mudahnya buat popia, sedapnya popia goreng isi ketam, popia mudah disediakan, menu berbuka yang sedap, menu berbuka paling disukai anak-anak, menu kegemaran anak-anak, menu iftar kegemaran anak-anak, resepi popia ketam mudah, popia isi ketam frozen, cara buat popia,

Untuk frozen, korang masukkan dalam bekas dan bekukan. Keluarkan bila nak makan dan goreng garing. 

Popia Goreng Isi Ketam Menu Berbuka Puasa Yang Mudah Dan Sedap, popia ketam, popia ketam mudah dan sedap, popia mudah dan sedap, popia isi ketam, popia isi ketam mudah dan sedap, mudahnya buat popia, sedapnya popia goreng isi ketam, popia mudah disediakan, menu berbuka yang sedap, menu berbuka paling disukai anak-anak, menu kegemaran anak-anak, menu iftar kegemaran anak-anak, resepi popia ketam mudah, popia isi ketam frozen, cara buat popia,

Boleh makan saja ataupun dicicah dengan sos. Yang pasti kedua-duanya sedap. 

Popia Goreng Isi Ketam Menu Berbuka Puasa Yang Mudah Dan Sedap, popia ketam, popia ketam mudah dan sedap, popia mudah dan sedap, popia isi ketam, popia isi ketam mudah dan sedap, mudahnya buat popia, sedapnya popia goreng isi ketam, popia mudah disediakan, menu berbuka yang sedap, menu berbuka paling disukai anak-anak, menu kegemaran anak-anak, menu iftar kegemaran anak-anak, resepi popia ketam mudah, popia isi ketam frozen, cara buat popia,

Selamat mencuba uolls!
Buah Melaka Warna Warni. Buah melaka warna warni ni CH buat masa minggu pertama PKP untuk minum petang kami anak beranak. Masa nak buat baru perasan yang stok daun pandan habis. Malas nak keluar ke kedai, CH guna saja pewarna makan yang ada kat rumah. Cantik dan sedap juga buah melaka warna warni. 

Bulan puasa pada tahun-tahun lepas, buah melaka memang kuih kegemaran CH dan kakak Aisya. Wajib beli bila ke pasar ramadan. Tahun ni, insha Allah CH akan buat sendiri menggunakan resepi yang arwah mak ajarkan. 

Buah Melaka Warna Warni, Onde-onde, buah melaka, resipi onde-onde, resepi buah melaka, onde-onde warna warni, resipi buah melaka warna warni, resipi onde-onde warna warni, onde-onde tanpa daun pandan, buah melaka tanpa  daun pandan, onde-onde lambat basi, buah melaka lambat basi, tips onde-onde lambat basi, cara untuk buah melaka lambat basi, buah melaka tidak keras, buah melaka tidak lembik, buah melaka sedap, buah melaka mudah dan sedap, onde-onde mudah dan sedap, resepi onde-onde mudah dan sedap, resipi onde-onde mudah dan sedap, sedapnya onde-onde, resipi onde-onde untuk berniaga, resipi onde-onde pasar malam, resepi kuih mudah dan sedap
Buah Melaka Warna Warni

Resipi Buah Melaka Warna Warni

Bahan:

2 cawan tepung pulut
2 sudu besar tepung gandum
1+1/2 cawan air suam 
2 keping gula nisan/gula melaka (potong kecil)
2 cawan kelapa parut
Sedikit garam
1 helai daun panda ( CH tak masukkan)
Pewarna kegemaran ( Merah, Biru & Hijau)

Caranya:

Satukan tepung pulut dan tepung gandum.Masukkan air sedikit demi sedikit. Uli hingga licin dan tak melekat kat tangan.

Bahagikan doh kepada 3 dan warnakan doh kepada warna merah, biru dan hijau. Uli doh sehingga warna sebati dengan tepung. 

Cubit doh sebesar guli, leperkan masukkan inti (potongan gula melaka) tutup kemas dengan doh, gentel bulat.Buat hingga habis adunan.

Didihkan air dan masukkan daun pandan. Rebus buah melaka hingga masak atau timbul, guna api sederhana sahaja. 

Setelah masak, angkat dan masukkan ke dalam air sejuk. Biarkan sejuk seketika. Kemudian toskan.

Salut dengan kelapa parut yang diletakkan sedikit garam.

Untuk kelapa pula, korang boleh kukus terlebih dahulu. If malas, masukkan saja dalam microwave dan panaskan dalam 2 minit. Confirm buah melaka korang lambat basi. Jika tak habis, simpan dalam bekas kedap udara atau masukkan dalam peti sejuk. Bila nak makan, panaskan dalam microwave. 

Senangkan? Selamat memasak uolls!
Mee Goreng Basah. Assalamualaikum wbt & hi korang. Masak apa hari ni? Ke korang tengah skodeng page MASAK APA TAK JADI HARI INI? Dengar khabarnya page tu dah dekat 500k follower. CH pun terjebak sekali. Dok gelak sorang-sorang sampai suami kat sebelah tanya dok gelak apa tu. Tunjuk kat dia, dia pun join gelak sekali. Dalam dok seronok skodeng page tu, CH nak kongsi resepi mee goreng basah yang di kongsi oleh sahabat masa belajar dulu. CH dah cuba, memang sedap.

Kalau korang nak tahu, mee goreng basah ni sedap sebab ia menggunakan daging tetel/rincik, ubi kentang dan tomato sup. Mee goreng jenis ni famous kat Penang. Nampak macam banyak step tapi berbaloi bila semua orang puji sedap dan suruh buat lagi lain kali.. 

Bagi yang takdak idea nak masak apa hari ni, bolehlah cuba mee goreng basah teacher Shila ni. Teacher Shila hanya kongsi cara, CH letak siap-siap bahan yang digunakan agar mudah korang nak sediakan bahan. Terima kasih kepada Teacher Shila yang sudi kongsi resepi mee goreng basah yang sedap ni. 

Mee goreng, mee goreng basah, resipi mee goreng, resepi mee goreng, resipi mee goreng mudah dan sedap, resipi mee goreng basah mudah dan sedap, sedapnya mee goreng basah, mee goreng daging, mee goreng basah cara utara, cara masak mee goreng yang sedap, cara masak mee goreng basah yang sedap dan mudah, mee goreng daging mudah dan sedap, menu mee mudah dan sedap, resipi mee, masak sendiri mee goreng basah, daging,
Gambar Mee Goreng Basah kpd Teacher Shila 

Resipi Mee Goreng Basah Sedap Sangat

Bahan:

2 bungkus Mee Kuning
100-200g daging tetel/harimau menangis- rebus sehingga daging empuk.
Udang (CH tak masukkan)
Air rebusan kulit udang ( CH tak masukkan)
3 biji telur rebus
3-5 biji ubi kentang - rebus terlebih dahulu. Separuh blend, separuh potong separa bulat.
Daun bawang - potong panjang 2cm
1-3 sudu besar cili boh
2 biji tomato
Sawi
2 sb sos cili
1/2 tin tomato sup kimball
2-3sb Sos tiram
2sb kicap
Minyak secukup

Bahan blend

1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih

So, untuk caranya.. CH copy paste yang Teacher Shila bagi. Korang boleh skip kat part udang dan air udang sebab CH tak masukkan pun. Hanya guna daging  dan air daging 100%. Tu pun dah sedap.

Caranya

1. Panaskan minyak dan tumis bahan blend serta batang daun bawang. Tumis Sampai wangi..

2. Masukn udang.Goreng Sampai spruh masak saja. 

3. Masukan cili kisar. Gaul rata dan biarkan sehingga mendidih.   

4. Masuk Air daging dan air udang. Biarkan sehingga mendidih sekali lagi. 

4. Bila dah mendidih, masukkan TOMATO SOUP KIMBALL (WAJIB Ada) dan ubi kentang yang dikisar. Tujuan masukkan ubi kentang kisar adalah untuk memekatkan kuah.

5. Masukkan sos cili,sos tomato, sos tiram, kicap. Gaul sebati dan biarkan hingga mendidih. 

6. Masukkan daging rebus dan biarkan sehingga mendidih.  

7. Bila dah mendidih, baru masukkan mee, sawi, ubi kentang yang dipotong separa bulat dan tomato. Gaul rata.

8. If kurang kuah, tambah air daging /air udang. 

9. Rasa. If ada bahan terkurang, tambah la apa yang patut. 

9. Bila dah masak, angkat dan hiaskan dengan bawang besar yang dipotong separa bulat, daun bawang, cili besar dan telur yang dipotong 12. 

Selamat mencuba uolls! 
Sambal Petai Ikan Bilis. Kali pertama masak menu ni untuk MIL. Selalunya MIL, suami dan SIL lebih suka makan sambal petai daging. Kalau mommy lebih suka sambal petai udang atau ikan bilis.. Masakan biasa-biasa saja tapi bila dah lama tak makan rasa sedap tu luar biasa pulak.🤣🤣

Masa taip entry ni pun baru lepas repeat makan roti cicah sambal petai ikan bilis. Mabeles! Perut pun kenyang barulah boleh buat kerja rumah.😅😅

Resepi Sambal Petai Ikan Bilis

Sambal petai ikan bilis, resepi sambal petai ikan bilis, sambal petai ikan bilis mudah dan sedap, resepi sambal petai ikan bilis mudah dan sedap, sedapnya sambal petai ikan bilis, sambal ikan bilis, resepi sambal ikan bilis, sambal ika. Bilis mudah dan sedap, sambal petai, mudahnya masak sambal petai, petai, cara masak sambal petai, sedapnya sambal petai
Sambal petai ikan bilis

Resepi sambal petai ikan bilis

Bahan

300 gram ikan bilis siap kopek - di goreng garing terlebih dahulu
1 ikat petai - ambil ulasnya saja
4 sudu cili kisar
2 biji bawang besar - di kisar
3 ulas bawang putih - di kisar
2cm halia - di kisar
1-2 keping asam keping
Garam secukupnya
Gula secukupnya
Minyak 

Caranya

Panaskan minyak yang di gunakan untuk menggoreng ikan bilis. Kurangkan jika guna banyak minyak.

Masukkan cili kisar dan bahan kisar yang lain. Masak sehingga pecah minyak.

Tambah asam keping, garam dan gula secukupnya.

Jika rasa dah okay, masukkan petai. Biarkan sehingga petai masak. 

Tutup api dan biarkan sambal sejuk sebelum masukkan ikan bilis yang di goreng. Guna cara ini untuk pastikan ikan bilis kekal rangup. 

Siap. Sedia di makan dengan nasi panas, roti dan peknga. 

Selamat mencuba!

Jelatah Timun.Kadang-kadang tak tahu nak buat sayur apa, CH akan buat jelatah timun. Ada sesetengah tempat panggil acar timun. Selalunya orang buat jelatah timun campur nenas. Tapi disebabkan nenas tiada dirumah, maka jadilah jelatah timun saja. 

Jelatah timun ni sedap kalau buat kari, buat ayam masak merah, ayam masak serai ataupun bersama nasi minyak dan nasi tomato. Ikut suka hangpa la nak gu dengan apa... 

Resipi Jelatah Timun, resepi jelatah timun, timun, resepi timun mudah dan sedap, resepi jelatah timun rumah kenduri, resipi acar timun, acar timun, respi timun, sedapnya jelatah timun, menu timun mudah dan sedap, sedapnya acar timun,
jelatah timun

Resipi Jelatah Timun

Bahan

1 biji timun - dibuang kulit dan dipotong bulat nipis
1 biji bawang besar saiz sederhana - dipotong separa bulat
3 biji cili padi
2 sudu makan gula
1 sudu makan cuka
garam secukupnya

Caranya

Satukan semua bahan dalam mangkuk yang agak besar. Gaul rata sehingga sebati.

Sedia untuk dihidang.

Kari Telur Utara. Assalamualaikum wbt. Apa khabar korang? Dah masuk Fasa 2 PKP dan rasa amat boring duduk rumah walaupun bekerja dari rumah. Tak bebas sebab tak boleh nak kemana-mana bagi hilangkan stress. Tapi Ch hilangkan stress dengan memasak dan makan. Jadi jangan tanya kalau masuk kerja nanti saiz baju pun bertukar. hahaha. Korang macam mana? Masih okay? Oh yer, hari dah boleh apply untuk pengeluaran i-lestari KWSP dan Bantuan Prihatin Nasional. Boleh semak juga sama ada korang layak atau tak? Tapi pepagi camni memang nak masuk web pun tak lepas. Takyah tension nak tunggu loading tu. Pi buat kerja lain dulu. CH sambil tunggu, sambil masak kari telur utara. Pasni goreng ikan saja... 

Kalau kat sebelah utara, kari telur ni boleh di buat makan dengan nasi dan pulut kuning. Dulu-dulu kalau khatam Al-Quran saja, mak mesti buat pulut kuning dengan gulai telur. Dapat menu ni pun dah sedap tak terkata.

CH memang suka masak gulai telur kalau dah tak tahu nak masak apa. Boleh gu dengan ikan goreng, ayam goreng ataupun daging goreng kunyit. Nak lagi umppphh tambah dengan ulam dan sambal belacan. Orang lalu belakang pun buat-buat tak nampak dah. hahaha...

Oklah CH share resepi ni dengan korang if tak tahu nak masak apa hari ni... Boleh cuba masak gulai telur utara ni.

telur, Resepi Gulai Telur Utara, gulai telur, gulai telur utara, gulai telur mudah dan sedap, gulai telur sedap, menu telur mudah dan sedap, resepi telur mudah dan sedap, mudahnya masak telur, sedapnya kari telur, kari telur, kari telur mudah dan sedap, kari telur utara, sedapnya kari telur, resepi kari telur, resepi kari telur mudah dan sedap, bahan-bahan kari telur, menu sahur, menu sahur sedap, menu berbuka mudah dan sedap, menu ramadan, resepi ramadan, laukpauk ramadan, resipi gulai telur, resipi telur mudah dan sedap
Gulai Telur Utara

Resepi Gulai Telur Utara

Bahan 

4-5 biji telur rebus ( bergantung kepada berapa org yang nak makan)
3-4 biji kentang - belah 4
2 sudu besar kerisik
4 sudu besar rempah - bancuh dengan air
1 biji bawang besar - diracik
2 ulas bawang putih - diracik
2 cm halia - dipotong halus memanjang
2 tangkai daun kari
1 biji tomato - diracik seperti hendak buat air asam
1 batang kulit kayu manis
2kuntum bunga lawang
4 kuntum bunga cengkih
4 biji  buah pelaga
RM2 santan segar
 2-3 sudu besar untuk tumis
2-3 cawan air

Caranya

Panaskan minyak. Tumis bawang besar, bawang putih, halia, daun kari, kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga sehingga naik bau wangi. 

Masukkan rempah yang telah dibancuh dengan air. Masak sehingga naik minyak atau rempah sedikit garing. 

Tambah tomato dan biarkan ia sehingga layu.

Masukkan santan, air dan ubi kentang. Biarkan sehingga ubi kentang empuk sepenuhnya.

Masukkan telur dan garam secukupnya. Biarkan sehingga mendidih.

Akhir sekali masukkan kerisek dan biarkan mendidih lagi sekali.

Angkat dan sedia untuk dihidang.

Selamat mencuba!

garam secukupnya

Mee Goreng Sotong. Hai korang! CH ni Work From Home. So, pepagi memang masak breakfast yang agak berat macam mee goreng sotong ni dan boleh kenyang sampai tengahari sebab CH akan berhenti untuk masak lunch dalam pukul 12.30 macam tu. Dah siap masak, terus lunch dan solat zohor. Lepas tu baru sambung buat kerja semula. 

Mee Goreng Sotong Mudah Dan Sedap. mee goreng mudah dan sedao, sedapnya mee goreng sotong, sotong, resipi mee goreng sotong, resipi mee goreng sotong mudah dan sedap, resepi mee goreng mudah dan sedap, mee goreng, mee goreng sotong, mudahnya masak mee goreng, mee kuning, cara masak mee goreng, mee goreng viral, mee goreng pkp, bahan-bahan untuk masak mee goreng, mudahnya masak mee goreng sedap, menu pkp, menu berbuka puasa yang sedap dan senang masak, menu berbuka puasa, menu ramadhan, resipi mee untuk berbuka puasa, mee sedap dan mudah, mee sotong,
Mee Goreng Sotong Mudah Dan Sedap

Macam mana pula ibu-ibu yang work from home yang lain? Bagi CH, WFH lagi mencabar dari bekerja fulltime di office. Kena pandai handle emosi dan jadual kerja office dan juga jadual kerja rumah seperti memasak, mengemas dan lain-lain. Kalau tak, kita akan stress dan rasa penat sangat. 

Mee Goreng Sotong Mudah Dan Sedap. mee goreng mudah dan sedao, sedapnya mee goreng sotong, sotong, resipi mee goreng sotong, resipi mee goreng sotong mudah dan sedap, resepi mee goreng mudah dan sedap, mee goreng, mee goreng sotong, mudahnya masak mee goreng, mee kuning, cara masak mee goreng, mee goreng viral, mee goreng pkp, bahan-bahan untuk masak mee goreng, mudahnya masak mee goreng sedap, menu pkp, menu berbuka puasa yang sedap dan senang masak, menu berbuka puasa, menu ramadhan, resipi mee untuk berbuka puasa, mee sedap dan mudah, mee sotong,
Masih dalam kuali

Oklah tak nak bebel panjang-panjang sebab nak kongsi resepi mee goreng sotong yang mudah dan sedap serta kesukaan anak-anak. Sesuai untuk korang masak time PKP ni. Sotong tu korang boleh ja ganti dengan ayam, fish ball, fishcake, chicken ball ataupun meat ball. Jom jadi kreatif dengan memasak apa saja dengan barang dapur yang terhad. Tak cuba tak tahu kan?

Lagi satu, korang jangan tanya mana sayuran hijau? Tu kobis tu satu-satunya sayuran yang ada kat rumah buat masa ni. Dah 2 kali masak tapi tak habis-habis lagi. So, kita masukkan saja dalam mee. Janji ada sayuran juga dalam mee tu. Hahaha

Mee Goreng Sotong Mudah Dan Sedap. mee goreng mudah dan sedao, sedapnya mee goreng sotong, sotong, resipi mee goreng sotong, resipi mee goreng sotong mudah dan sedap, resepi mee goreng mudah dan sedap, mee goreng, mee goreng sotong, mudahnya masak mee goreng, mee kuning, cara masak mee goreng, mee goreng viral, mee goreng pkp, bahan-bahan untuk masak mee goreng, mudahnya masak mee goreng sedap, menu pkp, menu berbuka puasa yang sedap dan senang masak, menu berbuka puasa, menu ramadhan, resipi mee untuk berbuka puasa, mee sedap dan mudah, mee sotong,
Mee Goreng Sotong sedia di hidang

Mee Goreng Sotong Mudah Dan Sedap

Bahan:

1 bungkus kecil Mee Kuning 
2 biji telur ayam
2 ekor sotong besar - di potong bulat 
1-2 sudu besar cili kisar
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap lemak manis
1 sudu kecil sos tomato
1/2 biji bawang - diracik
2 ulas bawang putih - di racik
2 sudu besar minyak masak/ secukupnya
Kobis 
1/2 cawan air

 Caranya:

Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar serta bawang putih sehingga naik bau.

Masukkan cili kisar dan biarkan cili masak sehingga sedikit garing.

Masukkan sotong. Biarkan sotong sehingga separa masak. 

Tambahkan sos cili, sos tiram, sos tomato, kicap dan air. Biarkan sehingga mendidih selama 2 minit.

Masukkan mee dan kobis. Gaul rata sehinga mee masak sepenuhnya.

Tolak mee ke sebelah kuali, masukkan sedikit minyak dan masukkan telur. Tutup telur dengan mee dan biarkan sekejap ( 1 minit). Gaul rata.

Tutup api, angkat dan hidangkan ketika masih panas. 

Selamat mencuba uolls!

Newer Posts
Older Posts

Selamat Datang

Pemilik Blog
Dapur Cahaya Hayati

Cahaya Hayati, pemilik blog. Suka berkongsi resepi menarik terutama menu masakan tradisional.

Ketahui lagi..

Jom Berkenalan

Labels

Ayam Udang daging ikan kambing kek kuih masakan kampung mee nasi resepi roti sambal sayur seafood sotong sup western

Arkib Blog

  • ►  2021 (3)
    • ►  Julai (1)
    • ►  Jun (2)
  • ▼  2020 (19)
    • ▼  Julai (1)
      • Kacang Buncis Goreng Dengan Tauhu
    • ►  Jun (3)
      • Resipi Ketam Masak Lemak Cili Padi Mudah Dan Sedap
      • Resipi Donut Mudah, Sedap, Gebu Dan Confirm Jadi
      • Ikan Tenggiri Masak Kicap Halia
    • ►  Mei (3)
      • Resipi Puding Caramel Tanpa Telur Tanpa Kukus
      • Sotong Goreng Kunyit Campur Buncis
      • Resipi Nasi Goreng Cabai Kering
    • ►  April (6)
      • Popia Goreng Isi Ketam Menu Berbuka Puasa Yang Mud...
      • Resipi Buah Melaka Warna Warni
      • Resipi Mee Goreng Basah Sedap Sangat
      • Sambal Petai Ikan Bilis
      • Resipi Jelatah Timun
      • Resepi Gulai Telur Utara
    • ►  Mac (4)
      • Mee Goreng Sotong Mudah Dan Sedap
    • ►  Februari (1)
    • ►  Januari (1)
  • ►  2019 (15)
    • ►  Oktober (4)
    • ►  September (1)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (3)
    • ►  Mei (3)
  • ►  2018 (34)
    • ►  November (2)
    • ►  Oktober (3)
    • ►  September (3)
    • ►  Ogos (5)
    • ►  Jun (1)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (4)
    • ►  Februari (1)
    • ►  Januari (9)
  • ►  2017 (61)
    • ►  Disember (1)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (10)
    • ►  September (6)
    • ►  Ogos (4)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Jun (5)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (3)
    • ►  Februari (12)
    • ►  Januari (8)
  • ►  2016 (18)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (9)
    • ►  Oktober (5)
    • ►  Mei (1)
    • ►  Januari (1)
  • ►  2015 (6)
    • ►  November (6)

Created with by BeautyTemplates | Distributed by blogger templates